PUTRAJAYA:Malaysia dijangka mula memperoleh bekalan vaksin COVID-19 pada suku pertama tahun depan.
Menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataan bersama hari ini, keutamaan akan diberikan kepada petugas barisan hadapan meliputi sektor kesihatan dan keselamatan seperti doktor, jururawat, polis serta petugas penjara dan imigresen.
"Setakat ini, KKM telah berhubung dengan lapan calon vaksin yang kini berada di peringkat ujian klinikal fasa tiga," menurut kenyataan dikeluarkan susulan mesyuarat pertama Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV) semalam.
MOSTI dan KKM berkata kerajaan juga sedang memuktamadkan rundingan dengan COVAX, satu inisiatif antarabangsa dipimpin Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan rakan-rakannya untuk memastikan akses vaksin COVID-19, yang mempunyai sembilan calon vaksin COVID-19 di bawah Global Alliance for Vaccine and Immunisation (GAVI).
"Kerajaan akan menyediakan peruntukan kewangan bagi tujuan pembelian vaksin melalui Tabung COVID-19 Kementerian Kewangan," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan berkenaan, mesyuarat JKJAV yang dipengerusikan secara bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin turut bersetuju membentuk empat jawatankuasa kecil merentasi pelbagai kementerian dan agensi mengikut tugas tertentu.
Jawatankuasa tersebut adalah Polisi Vaksinasi Kebangsaan dan Pemilihan Calon Vaksin Yang Sesuai; Pendaftaran, Logistik dan Pembangunan Vaksin; Kewangan dan Perolehan; dan Komunikasi.
"Kerajaan komited untuk mendapatkan keputusan segera bagi perolehan vaksin COVID-19 bagi memastikan negara tidak ketinggalan dalam mendapatkan bekalan vaksin yang diluluskan dan terbukti selamat kelak," katanya.
JKJAV ditubuhkan bagi memastikan bekalan vaksin COVID-19 diperoleh segera dengan MOSTI dan KKM bertindak sebagai jawatankuasa induk dalam merancang, melaksana dan memantau keseluruhan strategi untuk pembekalan vaksin COVID-19 sehingga pelaksanaan program imunisasi dijalankan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 24 2020
Setakat ini, KKM telah berhubung dengan lapan calon vaksin yang kini berada di peringkat ujian klinikal fasa tiga. - Gambar fail
Armizan dedah ramai pemilik stesen minyak terima ugutan sindiket
Datuk Armizan Mohd Ali mendedahkan ramai pemilik stesen minyak diugut oleh sindiket sekiranya tidak membenarkan penjualan bahan api itu kepada kenderaan yang terlalu kerap mengisinya.
[TERKINI] Tragedi Helikopter Bertembung: Sidang Media Menteri Pertahanan
Ikuti langsung sidang media Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin susulan tragedi helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut pada Selasa. #AWANInews
Projek solar: Mahkamah dengar rayuan Rosmah pada 23 dan 24 Okt
Dalam pengurusan hari ini, Rosmah diwakili Akberdin dan Datuk Jagjit Singh manakala Timbalan Pendakwa Raya K. Mangai hadir mewakili pihak pendakwaan.
Pelaksanaan SKDS 2.0 bantu elak ketirisan, seludup diesel berterusan
Pelaksanaan Pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bersama Industri Pengangkutan Barangan merupakan langkah dalam mewujudkan persekitaran kondusif bagi mengelak ketirisan.
Nahas helikopter Lumut: Pengamal media, orang ramai diminta tidak sebar video insiden
Beliau berkata dalam situasi sekarang, orang ramai seharusnya menghormati waris dan keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas itu kerana video tersebut akan memberi kesan kepada mereka.
Nestlé Malaysia kembali perkenal peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup, bantu penuhi impian rakyat Malaysia
Nestle Malaysia memperkenalkan semula peraduan Nestle Gaji Seumur Hidup sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menyumbang kepada komuniti tempatan.
Wanita simbah OKU dengan air panas dipenjara 10 tahun, hakim sifatkan kejam
Mahkamah menyifatkan perbuatan seorang wanita yang menyimbah air panas terhadap lelaki sindrom Down sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Malaysia kecam serangan Israel di Rafah
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan menjelaskan situasi di Rafah amat membimbangkan mengambil kira risiko bencana kemanusiaan yang tinggi.
Tunjuk perasaan pelajar AS gesa genjatan senjata Gaza
Polis menahan puluhan individu dalam perhimpunan pro-Palestin di Universiti Yale pada Isnin
Perkembangan terkini nahas helikopter TLDM di Lumut
Wartawan, Umavathi Ramayah membawakan perkembangan semasa nahas helikopter di Lumut.
Presiden China puji usaha diplomasi Malaysia berhubung isu Laut China Selatan - Najib
Presiden China Xi Jinping berkata Malaysia banyak menekankan perbincangan daripada memilih untuk berkonfrontasi.