KUALA LUMPUR:Malaysia dijangka mengumumkan mengenai akses bekalan COVID-19 dalam masa terdekat, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin.
Menurutnya, kerajaan sedang berusaha mendapatkan akses kepada vaksin tersebut seawal suku tahun pertama atau suku tahun kedua tahun depan.
Ujarnya, kerajaan sentiasa mengikuti rapat status pembangunan COVID-19 di seluruh dunia, dan setakat 13 November, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan terdapat 11 calon vaksin yang berada di ujian fasa tiga.
Kerajaan katanya, telah berkomunikasi dengan 10 pengeluar vaksin tersebut, di mana lapan pengeluar dihubungi secara terus sementara dua lagi menerusi fasiliti COVAX.
Bagaimanapun, tegas Ahli Parlimen Rembau itu, kerajaan tidak berkompromi mengenai soal keberkesanan dan keselamatan sesuatu vaksin.
"Terdapat rundingan yang sedang berada di fasa akhir dan pengumuman rasmi akan dibuat apabila ia telah dimeterai tidak lama lagi.
"Rundingan tersebut meliputi aspek kerjasama dalam pelbagai peringkat termasuk pembangunan vaksin, penyelidikan dan pembangunan (R&D), pertukaran saintis, pemindahan teknologi logistik, termasuk pembelian vaksin 'finished product' sebagai jaminan akses vaksin kepada negara," katanya.
Beliau berkata demikian pada Sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini, menjawab pertanyaan Chan Foong Hin (DAP-Kota Kinabalu).
BACA: Malaysia letak harapan tinggi terhadap pengeluar vaksin COVID-19 - Dr Adham
Chan dalam soalannya meminta kerajaan menyatakan sama ada pihak kementerian telah membuat pesanan untuk mengimport vaksin daripada firma negara China seperti Cansino, Sinovac dan Sninopham atau firma United Kingdom (UK) seperti AstraZeneca.
Mengulas lanjut, Khairy berkata, menerusi penyertaan pelan peruntukan vaksin COVID-19 global atau COVAX, Malaysia mendapat akses bekalan vaksin COVID-19 sebanyak 10 peratus daripada populasi negara.
Jelas beliau lagi, kerajaan sedang berusaha mendapatkan 60 peratus lagi bagi mencukupkan sasaran imunisasi kebangsaan 70 peratus populasi, bagi tujuan imuniti kelompok.
Hasimi Muhamad
Mon Nov 16 2020
Menurut WHO, terdapat 11 calon vaksin yang berada di ujian fasa tiga, dan setakat ini, kerajaan Malaysia telah berkomunikasi dengan 10 pengeluar vaksin tersebut. - Gambar hiasan
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Penyatuan, keamanan misi mencabar untuk Syria
Ketegasan pemimpin Syria yang tidak mahu adanya campur tangan kuasa besar, dianggap tindakan bijak bagi mengelakkan Syria kembali berpecah.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.
Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia
LKM mungkin jadi acara tahunan kerana dapat penyertaan menggalakkan dan ia membantu YKM meraih dana untuk menjaga ribuan anak yatim.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.
KJ tak dapat sertai, Syed Saddiq tamat larian KBHM 1 jam 46 minit
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menamatkan larian Kota Bharu Half Marathon (KBHM) di sini pada Sabtu.
Khairy, Syed Saddiq sertai Kota Bharu Half Marathon 2024
Khairy Jamaluddin dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara 2,055 peserta yang bakal memeriahkan Kota Bharu Half Marathon (KBHM) 2024 Sabtu ini.
Khairy selar tindakan Speaker gantung Wan Ahmad Fayshal
Khairy Jamaluddin menyelar tindakan kerajaan menggantung Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal selama enam bulan.
Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy
Khairy berkata terdapat juga laporan LKAN yang ditulis berjela-jela sehingga memberi persepsi seolah-olah sesuatu sumber itu dibazirkan.
IMD: Pertama kali di kedudukan lebih rendah berbanding Thailand, Indonesia
Khairy Jamaluddin berkata, pengumuman mengenai ranking itu merupakan satu berita kurang baik untuk negara dan kerajaan.