KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan trend peningkatan terhadap purata kes aktif COVID-19 bagi Minggu Epidemiologi kedua (ME 2/2022) dari 9 hingga 15 Jan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata purata kes aktif meningkat sebanyak 2.4 peratus kepada 39,507 kes pada ME 2/2022 daripada 38,581 kes pada ME pertama (ME 1/2022) (2 hingga 8 Jan).
"Peningkatan 0.7 peratus turut direkodkan ke atas kes baharu iaitu daripada 21,859 kes (ME 1/2022) kepada 22,006 kes (ME 2/2022).
"Bagaimanapun, kes kematian menunjukkan penurunan yang konsisten sebanyak 11.3 peratus dengan 126 kematian pada ME 2/2022 berbanding 142 kematian pada ME 1/2022. Penurunan ini dicatatkan mulai ME 52/2021," katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 hari ini.
Dr Noor Hisham berkata kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) juga menunjukkan penurunan lapan peratus kepada 185 kes (ME 2/2022) berbanding 201 kes (ME 1/2022), dengan penurunan berterusan secara konsisten itu dilaporkan sejak sembilan minggu lepas pada ME 45/2021.
Beliau berkata kes yang memerlukan alat bantuan pernafasan turut menunjukkan penurunan 18.1 peratus kepada 68 kes (ME 2/2022) berbanding 83 kes (ME 1/2022), dengan purata itu kekal menunjukkan penurunan sejak 21 minggu lepas pada ME 33/2021.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan 15 daripada 43 kluster baharu yang dilaporkan pada ME 2/2022 melibatkan pusat pendidikan, 10 (tempat kerja), sembilan (komuniti), lima (kumpulan berisiko tinggi), tiga (import) dan satu (keagamaan).
"Kluster pendidikan dan kluster komuniti meningkat secara mendadak sebanyak 400 peratus dan 350 peratus pada ME 2/2022 berbanding ME 1/2022 susulan pembukaan semula sesi persekolahan di seluruh negara bermula pada 9 Jan lepas.
"Peningkatan kluster pendidikan perlu diambil serius oleh semua pihak kerana ia boleh mengakibatkan jangkitan lebih meluas dalam kalangan pelajar, guru, pekerja di institusi pengajian, ahli keluarga mereka dan seterusnya merebak ke komuniti," katanya.
Mengenai kapasiti hospital, Dr Noor Hisham memaklumkan penggunaan katil bukan ICU dan katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) menunjukkan peningkatan pada ME 2/2022 berbanding ME 1/2022, sementara penggunaan katil ICU dan alat bantuan pernafasan pula menunjukkan penurunan dua peratus dalam tempoh sama.
Sementara itu, sebagai langkah kesiapsiagaan bagi menghadapi sebarang peningkatan kes dalam masa terdekat susulan kebolehjangkitan tinggi bagi varian Omicron, beliau berkata Kementerian Kesihatan bersiap sedia untuk menggunakan hospital daerah sebagai hospital hibrid untuk merawat pesakit COVID-19 kategori satu hingga tiga.
Selain itu, KKM juga bersedia merujuk pesakit COVID-19 kategori empat dan lima ke hospital berpakar; dan pesakit COVID-19 yang stabil pula akan dipantau di rumah melalui Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) sehingga selesai tempoh pengasingan; selain akan menggunakan ubat antiviral yang dikenal pasti lebih awal di peringkat CAC dan PKRC.
Bernama
Mon Jan 17 2022

Dr Noor Hisham berkata purata kes aktif meningkat sebanyak 2.4 peratus kepada 39,507 kes pada ME 2/2022 daripada 38,581 kes pada ME pertama (ME 1/2022) (2 hingga 8 Jan). - Gambar fail

DUN Sarawak | Kerajaan negeri konsisten kaji, nilai tuntutan MA63
Sarawak akan terus mengkaji keperluan membuat pindaan kepada perlembagaan negeri dan ordinannya bagi menjamin kepentingan negeri itu. Timbalan Menteri Undang-Undang, MA63, Hubungan Negeri-Persekutuan, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali menyifatkan usaha itu bergerak kondusif di antara kerajaan negeri dan persekutuan.

DUN Sarawak | Dasar hutan perlu pelaksanaan berintegriti
Blok pembangkang DUN Sarawak turut memberi sokongan kepada pindaan RUU Hutan 2022 dengan wawasan untuk memperkasa pemuliharaan dan pemeliharaan hutan negeri itu. Bagaimanapun, ADUN Padungan Chong Chieng Jen dan ADUN Bawang Assan Datuk Seri Wong Soon Koh antara yang membahaskan RUU tersebut menuntut pelaksanaan dasar tersebut dibuat secara berintegriti.

DUN Sarawak | Sarawak di landasan tepat kuasai teknologi hijau
Terdahulu ADUN Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman ketika membahaskan ruu berkenaan berkata penguatkuasaannya akan merealisasikan agenda sarawak meningkatkan stok karbon dan penghasilan ekonomi hijau di peringkat global. Jelasnya jumlah stok karbon sedia ada yang dikenalpasti, diukur, dan diiktiraf meletakkan sarawak dalam kedudukan yang baik dalam kalangan ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

DUN Sarawak | Pindaan RUU Hutan dilulus sebulat suara
Dewan Undangan Negeri Sarawak hari ini meluluskan pindaan Rang Undang Undang (RUU) Hutan 2022 untuk merangkumkan stok karbon dan stok gas rumah hijau (GHG) sebagai hasil hutan negeri itu. Perkara itu diumumkan Speaker Dun Sarawak Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar selepas menyaksikan sokongan sebulat suara anggota dewan. Semasa sesi bacaan ketiga pembentangan, Awang Tengah menjamin pelesenan aktiviti karbon hutan di bawah peruntukan baharu itu akan mematuhi piawaian antarabangsa dan protokol berkaitan.

Nasional | PM tiba di Sabah untuk lawatan kerja dua hari
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Kota Kinabalu bagi lawatan kerja dua hari ke Sabah. Ismail Sabri tiba dengan pesawat khas kira-kira jam 3.40 petang di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada Khamis. Ketibaan beliau disambut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Yakub Khan serta beberapa pemimpin kerajaan negeri lain.

KKM kaji cadangan tidak pamer jenama produk rokok - Khairy
KKM sedang mengkaji cadangan untuk tidak mempamerkan pembungkusan jenama produk rokok, selari dengan penggubalan Rang Undang-Undang Larangan Tembakau dan Rokok.

1MDB: "Saya tak mengadu kepada Najib kerana menaruh syak wasangka" - Mohd Bakke
"Najib tidak pernah tanya mengapa saya letak jawatan. Semuanya berjalan seperti biasa."

PKNS jangka catat keuntungan sehingga RM300 juta tahun ini - MB
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menjangkakan mampu merekodkan peningkatan keuntungan sehingga RM300 juta pada tahun ini.

Cerita Sebalik Berita: Misi mencari Hadi
Wan Mohd Hadi Wan Ismail berusia 41 tahun dilaporkan hilang secara misteri dekat ladang kelapa sawit di Sg Kandis. Pencarian demi pencarian sudah dilakukan sejak 26 Januari lalu bagi mencari Wan Mohd Hadi yang juga penghidap skizofrenia. Lanjut bersama Wartawan Astro AWANI, Fareez Azman dalam Cerita Sebalik Berita kali ini.

Skop dasar RUU Sumbangan Politik akan dibentang pada mesyuarat Kabinet - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Rang Undang-undang Sumbangan Politik secara dasarnya telah dipersetujui untuk dilaksanakan.

Rakyat Korea Utara dinasihat berkumur air garam, minum teh herba untuk cegah COVID-19
Agensi hak asasi manusia PBB memberi amaran bahawa banyak kemungkinan buruk boleh terjadi ke atas 25 juta rakyat negara itu.

Vaksin COVID-19: 1.079 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Sebanyak 1.079 juta atau 30.4 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini lengkap menerima vaksin.

COVID-19: Tujuh kematian, 2,017 kes baharu dicatat
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan tujuh kematian baharu setakat tengah malam tadi.

COVID-19: Tahap amaran di New York meningkat, syor pakai pelitup muka
Eric Adams memberi jaminan bandar itu tetap bersedia dan tidak panik walaupun ia memasuki tahap amaran COVID-19 yang tinggi.

Berbaki satu SOP, cerminan kejayaan Keluarga Malaysia - Hishammuddin pengerusi sidang terakhir Kuartet COVID-19
Sejak awal tahun 2020, 181 prosedur operasi standard (SOP) telah digunapakai, dan kini hanya tinggal satu SOP asas, dan 19 garis panduan.

Hampir 13.2 juta kanak-kanak di AS dijangkiti COVID-19
Setakat 12 Mei lalu, lebih 93,000 kes jangkitan COVID-19 membabitkan kanak-kanak dilaporkan, iaitu peningkatan sebanyak 76 peratus berbanding dua minggu lalu, menurut laporan itu.

30.2 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19
Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, 2,906,035 atau 93.4 peratus telah lengkap menerima vaksinasi.

COVID-19: Penggunaan ubat antiviral Paxlovid di AS meningkat 315%
AS telah meningkatkan jumlah lokasi pemberian Paxlovid daripada 20,000 kepada kira-kira 35,000 dan akan terus berusaha untuk meningkatkan ketersediaan ubat antiviral itu.

Indonesia gugur syarat pakai pelitup muka di luar rumah
Perkembangan menyusul ketika mana angka jangkitan COVID-19 di negara itu semakin menunjukkan trend penurunan.

Iran antara negara tertinggi kadar pemvaksinan di dunia
Iran adalah antara negara yang mencatatkan kadar tertinggi dalam pemvaksinan di dunia, kata Pengarah Pencegahan Penyakit Kementerian Kesihatan Iran, Mohsen Zahraei pada Selasa.