awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Malaysia sudah memasuki fasa pemulihan tetapi... - Dr Noor Hisham

Isabelle Leong
Isabelle Leong
24/04/2020
09:43 MYT
COVID-19: Malaysia sudah memasuki fasa pemulihan tetapi... - Dr Noor Hisham
DR NOOR HISHAM: Kami berjaya mengawal dan meratakan lengkungan serta mengawal penambahan kes jangkitan COVID-19. - Foto BERNAMA
Malaysia kini sudah memasuki fasa pemulihan daripada penularan wabak COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Dr Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahap I dan II telah meratakan puncak lengkungan COVID-19 di negara ini.
“Kami melihat data pada 3 April di mana terdapat pertambahan 217 kes positif jangkitan COVID-19. Itulah puncaknya.
“Kami kemudian menjangkakan puncak lengkungan pada 14 April dengan ramalan sebanyak 6,300 kes secara keseluruhan.
“Namun, ia tidak berlaku dan kami percaya PKP tahap I dan II telah meratakan puncak lengkungan,” katanya dalam sidang hariannya di sini pada Jumaat.
Katanya, momentum tersebut perlu dikekalkan bagi memastikan kes positif akibat COVID-19 dapat dikawal dan dikurangkan dari masa ke masa.
Selain itu, Dr Noor Hisham berkata, kadar kebolehjangkitan COVID-19 dalam komuniti turut mencatatkan pengurangan.
Jelas beliau, berdasarkan ukuran kadar kebolehjangkitan menggunakan angka yang dikenali sebagai 'RO' (disebut 'R-Naught') kini kurang daripada satu.
Katanya, RO sebelum pelaksanaan PKP adalah kira-kira 3.55, di mana seorang individu boleh menjangkiti seramai 3.55 orang.
"Namun kini selepas 14 April, kami telah menurunkan kadar RO kepada kurang daripada satu,” kata Dr Noor Hisham.
Bagaimanapun, katanya, ia tidak mustahil berlakunya peningkatan eksponen jika orang ramai tidak mematuhi PKP dan garis panduan yang ditetapkan.
“Ia penting supaya kami mengikuti apa yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh PKP ini.
“Kami melihat kejayaan daripada ketiga-tiga tahap PKP ini.
“Kami berjaya mengawal dan meratakan lengkungan serta mengawal penambahan kes jangkitan COVID-19,” katanya.
Topic Berkaitan
#COVID 19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#fasa pemulihan
#jangkitan
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#KKM
#koronavirus
#meratakan lengkungan
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#positif
#puncak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan