awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB kecam Parlimen Israel lulus pindaan sasar UNRWA
Hujan lebat cetus banjir, tanah runtuh di bandar Negor, Filipina
Lebih 500,000 sertai perarakan pro-Palestin di Jambatan Galata, Istanbul pada Tahun Baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 20,000 rumah dibaik pulih sejak Projek Khas Perumahan Nelayan diperkenal

Bernama
Bernama
01/01/2026
20:00 MYT
Lebih 20,000 rumah dibaik pulih sejak Projek Khas Perumahan Nelayan diperkenal
Hamdan menyempurnakan majlis penyerahan kunci rumah nelayan di bawah PKPN negeri Perlis di Kuala Sanglang dan Kampung Wai, Kuala Perlis pada Khamis. - Gambar Bernama
KANGAR: Sebanyak 20,085 unit rumah nelayan telah dibaik pulih manakala 265 unit rumah bina baharu berjaya disiapkan di seluruh negara menerusi Projek Khas Perumahan Nelayan (PKPN) sejak diperkenalkan pada 2012.

Ringkasan AI
  • Sebanyak 20,085 unit rumah nelayan telah dibaik pulih dan 265 unit rumah baru berjaya disiapkan menerusi Projek Khas Perumahan Nelayan (PKPN) sejak 2012, membantu nelayan tanpa rumah untuk tinggal dalam keadaan lebih selamat dan selesa.
  • Pada 2025, sebanyak 280 unit rumah baru dan dibaik pulih telah siap sepenuhnya di seluruh negara melalui PKPN dengan peruntukan RM10 juta, menunjukkan kesungguhan kerajaan meningkatkan kebajikan nelayan berpendapatan rendah.
  • Di Perlis, tujuh unit rumah nelayan telah disokong pada tahun lepas, termasuk dua unit bina baharu dan lima unit baiki, dengan peruntukan RM263,000, bagi memberi impak positif kepada komuniti nelayan tempatan.

Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Hamdan Mamat berkata PKPN membantu mereka yang tidak memiliki rumah agar dapat tinggal dalam persekitaran lebih selamat dan selesa sekali gus menjamin kesejahteraan keluarga nelayan.
"Sepanjang 2025, sebanyak 280 unit rumah melibatkan kerja bina baharu dan baik pulih telah disiapkan sepenuhnya di seluruh negara menerusi PKPN dengan peruntukan RM10 juta sekali gus mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam meningkatkan kebajikan golongan nelayan berpendapatan rendah.
"Pencapaian ini merangkumi bantuan perumahan kepada nelayan yang layak di pelbagai negeri manakala bagi 2026 pula, kerajaan memperuntukkan RM10 juta lagi bagi pelaksanaan projek melibatkan 380 unit rumah nelayan di seluruh negara," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penyerahan kunci rumah nelayan di bawah PKPN negeri Perlis di Kuala Sanglang dan Kampung Wai, Kuala Perlis dekat sini pada Khamis.
Sementara itu di Perlis, Hamdan berkata sebanyak tujuh unit rumah nelayan telah diluluskan di negeri ini pada tahun lepas dengan nilai peruntukan RM263,000 melibatkan dua unit bina baharu dan lima unit baik pulih.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LKIM
#PKPN
#keluarga nelayan
#berpendapatan rendah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan