Jabatan Kesihatan Kelantan perkasa program gaya hidup sihat sepanjang 2026

Mohd Azman berkata kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Kelantan juga telah meningkat terutamanya yang berkaitan pengambilan makanan. - Gambar fail/Bernama
TUMPAT: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) akan terus memperkasakan program menggalakkan gaya hidup sihat sepanjang tahun ini yang menjadi antara inisiatif bagi menangani isu kesihatan penduduk.
Ringkasan AI
- JKNK memperkasakan program menggalakkan gaya hidup sihat sebagai inisiatif menangani isu kesihatan penduduk Kelantan.
- Kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat, terutamanya berkaitan pengambilan makanan, meningkat dalam kalangan rakyat Kelantan.
- JKNK fokus untuk meningkatkan kesedaran rakyat tentang gaya hidup sihat dengan program-program yang lebih berkesan dan memberikan perkhidmatan terbaik dalam menangani masalah kesihatan.
"Jadi untuk tahun ini, kami mahu memperkasakan program berkaitan bagi terus meningkatkan kesedaran rakyat berhubung gaya hidup sihat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program GenerasiKu Sayang Kelantan Bersama Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat di sini pada Khamis.
Dr Mohd Azman berkata JKNK bertekad memberikan perkhidmatan terbaik tahun ini selain menyeru rakyat negeri ini untuk terlibat dalam aktiviti yang akan dilaksanakan demi menangani masalah kesihatan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


