awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: MB Kedah bukan dalam senarai kontak rapat

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
18/09/2020
11:11 MYT
COVID-19: MB Kedah bukan dalam senarai kontak rapat
Muhammad Sanusi tidak termasuk dalam senarai kontak rapat dengan individu yang disahkan positif COVID-19. - Gambar BERNAMA
Jabatan Kesihatan Negeri Kedah memaklumkan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor tidak termasuk dalam senarai kontak rapat dengan individu yang disahkan positif COVID-19.
Pengarah Kesihatan Kedah, Dr. Mohd Fikri Ujang berkata, definisi kontak rapat bagi kes COVID-19 adalah individu yang berada dalam jarak satu meter atau lebih dekat lagi dalam tempoh masa 15 minit atau lebih secara berterusan.
"Dalam kes membabitkan Menteri Besar, hasil siasatan yang telah dibuat oleh Petugas Jabatan Kesihatan Negeri mendapati beliau bukan merupakan kontak rapat kepada kes yang disahkan positif.
"Sehubungan itu, tidak ada halangan bagi Muhammad Sanusi untuk turun padang menjalankan tanggungjawab selaku Menteri Besar membantu penduduk dalam kawasan Perintah Kawalan Pentadbiran Secara Pentadbiran (TEMCO) di Kota Setar atau Zon Melur di Ambangan Heights, Sungai Petani," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat. BACA SEMUA BERHUBUNG COVID-19 DI SINI
Muhammad Sanusi pada Khamis bersama 55 individu lain menjalani ujian saringan bagi memastikan mereka yang berkenaan selamat daripada penularan COVID-19.
Ini berikutan laporan bahawa seorang daripada individu yang disahkan positif COVID-19 kelmarin, hadir sama dalam program penyerahan sumbangan bantuan daripada Pas untuk penduduk dalam kawasan TEMCO daerah Kota Setar di Wisma Darul Aman pada 14 September lalu.
Dalam pada itu, Dr. Mohd Fikri berkata, ujian saringan yang dilakukan mereka adalah sekadar ujian komuniti atau ujian pengawasan untuk tidak memerlukan mereka dikenakan perintah kuarantin atau memakai gelang kuarantin.
Jelas beliau lagi, sampel ujian itu telah dihantar ke makmal di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dan keputusan dijangka akan diperoleh esok (19 September).
"Walaubagaimanapun amalan norma baru perlu dilaksanakan," ujarnya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Hospital
#Kedah
#kesihatan
#koronavirus
#Menteri Besar
#Muhammad Sanusi Md Nor
#PAS
#siasatan
#Sungai Petani
#ujian saringan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan