awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gunung Semeru meletus lagi, hambur abu setinggi 700 meter
Pengasuh mengaku salah aniaya dua bayi di taska
Kerajaan Negeri Selangor putuskan ternakan babi berpusat di Bukit Tagar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Nilai R-naught negara meningkat kepada 1.13, Kedah tertinggi dengan 1.31

Astro Awani
Astro Awani
10/05/2021
23:44 MYT
COVID-19: Nilai R-naught negara meningkat kepada 1.13, Kedah tertinggi dengan 1.31
R-naught negara meningkat kepada 1.13 pada Isnin berbanding 1.11 hari sebelumnya.
KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan (R-naught) COVID-19 di Malaysia kembali mencatatkan peningkatan.
Angka itu meningkat kepada 1.13 pada Isnin berbanding 1.11 hari sebelumnya.
Kedah kekal mencatatkan nilai R-naught tertinggi dengan 1.31.
Manakala negeri dan wilayah lain yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan tinggi dan melebihi angka 1.0 ialah Pahang, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Terengganu, Melaka dan Johor.
Ini termasuk Selangor, Perak, Putrajaya dan Kuala Lumpur.
Sarawak, Kelantan dan Sabah merekodkan kadar kebolehjangkitan di bawah angka 1.0.
Sementara itu, Perlis dan Labuan mencatatkan tiga kes baharu COVID-19.
Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 13 Januari ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.
Manakala yang tertinggi pernah dicatatkan ialah 1.19 pada 17 April lalu.
Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu boleh dijangkiti daripada satu kes positif.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#R-Naught
#kadar kebolehjangkitan
#Kedah
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#kes positif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan