KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan (R-naught atau Rt) COVID-19 di Malaysia kembali mencatat penurunan selepas empat hari.

Pada Jumaat, nilai Rt susut ke 1.19 berbanding 1.20 hari sebelumnya.

Empat negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

Putrajaya mencatat kadar tertinggi dengan 1.31, diikuti Terengganu, Negeri Sembilan dan Kedah.

Sembilan negeri lain mencatat kadar antara 1.19 dan 1.08.

Sarawak dan Labuan mencatat nilai Rt di bawah 1.0 sementara Perlis merekodkan 7 kes baharu.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu, yang tertinggi 1.21 pada 23 Mei.

Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.