awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Operasi sanitasi dijalankan di SK Putrajaya Presint 8 (1)

Astro Awani
Astro Awani
09/10/2020
13:47 MYT
COVID-19: Operasi sanitasi dijalankan di SK Putrajaya Presint 8 (1)
Operasi tersebut melibatkan 15 anggota dari Pejabat Kesihatan WP Putrajaya dan PPj.
KUALA LUMPUR:Perbadanan Putrajaya (PPj) bersama Pejabat Kesihatan Putrajaya melaksanakan kerja-kerja sanitasi di Sekolah Kebangsaan Presint 8 (1), Putrajaya pada petang Jumaat.
Operasi sanitasi itu bagi mencegah dan mengawal penularan wabak COVID-19 di Putrajaya.
"Ia juga merupakan inisiatif prihatin Kementerian Wilayah Persekutuan, PPj dan agensi terhadap pembendungan wabak COVID-19.
"Langkah itu selaras dengan teras “Cakna Keselamatan, Wilayah Persekutuan Wilayah Prihatin” bagi memastikan keselamatan serta kesejahteraan warga wilayah sentiasa diutamakan dan terpelihara," kata PPj dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat.
BACA: Notis merah digantung di SK Putrajaya Presint 8 (1), diarah tutup sehingga 16 Okt
BACA: Kes baharu COVID-19 masih tiga digit: Ini lima tumpuan sidang media KKM
BACA: Sekolah boleh ditutup jika terdapat guru atau murid positif COVID-19 - Muhyiddin
Operasi tersebut melibatkan 15 anggota dari Pejabat Kesihatan WP Putrajaya dan PPj.
"Kerja-kerja disinfeksi dilaksanakan di seluruh kawasan sekolah merangkumi bilik darjah, loker, koridor, bilik guru, tandas, dataran, hand rail (pemegang tangga) di semua aras blok A, B dan C.
"Operasi sanitasi akan diteruskan lagi pada hari esok bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya dan Alam Flora Sdn Bhd," ujar kenyataan itu lagi.
Topic Berkaitan
#operasi sanitasi
#Sekolah Kebangsaan Presint 8
#COVID-19
#Perbadanan Putrajaya
#PPj
#Pejabat Kesihatan Putrajaya
#Kementerian Wilayah Persekutuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan