awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 'Pandemik individu tidak divaksin' boleh berlaku - Dr Malina

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
09/10/2021
05:24 MYT
COVID-19: 'Pandemik individu tidak divaksin' boleh berlaku - Dr Malina
Pakar Kesihatan Awam UPM, Prof Madya Dr Malina Osman, berpendapat mereka tidak divaksin terdedah kepada komplikasi teruk sekiranya dijangkiti COVID-19. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Negara boleh berdepan situasi 'pandemik bagi individu yang tidak divaksin' sama seperti negara lain, walaupun jumlah vaksinasinya tinggi namun kes hariannya masih menyaksikan lonjakan.
Jelas Pakar Kesihatan Awam UPM, Prof Madya Dr Malina Osman, ini kerana golongan ini berisiko mendapat komplikasi yang teruk sekiranya dijangkiti COVID-19.
Risiko ini juga turut membimbangkan beliau sekiranya pematuhan kepada SOP masih lagi kurang dalam kalangan rakyat ketika kebenaran rentas negeri diputuskan kelak.
"Namun saya berpendapat kita perlu berjaga-jaga kerana data semasa menunjukkan di negara lain, walau vaksinasi tinggi namun lonjakan kes juga meningkat.
"Berlaku 'pandemic of unvaccinated person' yang mana mereka tidak divaksin akan berisiko tinggi," katanya.
Vaksin COVID-19 | Lagi 0.6% untuk capai 90% penduduk dewasa lengkap vaksin
Jelas beliau, mereka yang menolak untuk menerima vaksin serta tidak boleh divaksin atas faktor kesihatan ini turut berdepan risiko tinggi sekiranya dijangkiti COVID-19 kerana vaksin itu sendiri merupakan benteng sistem imun seseorang.
Ini berikutan penularan Varian Yang Membimbangkan (VOC) seperti varian Delta yang turut mencatatkan peningkatan jangkitan di negara ini.
Vaksin COVID-19 | 'Pandemik mereka tidak divaksin' boleh berlaku
Bagi Dr Malina, saringan kendiri secara berkala amat digalakkan bagi memastikan tahap kesihatan golongan itu.
"Ujian saringan kendiri secara berkala perlu dilakukan terutama bagi mereka yang tidak divaksin, terutama apabila hendak keluar atau berjumpa individu lain," katanya.
Bagi Dr Malina, harga bagi kit ujian juga perlu diturunkan lagi supaya akses kepada ujian kendiri juga boleh dicapai oleh seluruh masyarakat.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#pandemik
#rentas negeri
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan