Polis Sabah telah menubuhkan sebuah pasukan petugas khas bagi memantau penularan berita-berita palsu berhubung COVID-19 di negeri ini.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Mazli Mazlan berkata, langkah tersebut diambil baru-baru ini dalam usaha pihaknya mengekang penyebaran maklumat palsu.
"Kita ada pasukan petugas khas kita untuk memantau apa yang dikategorikan sebagai fake news ini, supaya jangan menimbulkan kekecohan atau kerisauan kepada orang awam," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri operasi sekatan jalan raya di laluan Putatan-Kota Kinabalu, Putatan, malam tadi.
Hadir sama, Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Haris Ibrahim.
Mengulas lanjut, Mazli berkata, bagaimanapun setakat ini tiada sebarang laporan polis diterima berhubung isu berita palsu COVID-19 di Sabah.
Sementara itu, hasil tinjauan semasa sekatan jalan raya bermula jam 9 malam tadi menyaksikan ratusan pemandu kenderaan masih berlegar di laluan Putatan menuju ke Kota Kinabalu meskipun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan masuk hari kedua semalam.
Mazli menyifatkan senario berkenaan sebagai amat mengecewakan apabila kesedaran orang ramai masih begitu rendah mengenai pelaksanaan perintah tersebut.
"Apa yang kita lihat di sini adalah kesedaran terhadap penyakit ini di kalangan orang awam amat rendah sekali. Mereka seakan-akan tidak mempeduli tentang bahayanya penyakit koronavirus ini.
"Jadi, kita akan melipatgandakan usaha lagi untuk memastikan banyak operasi sebegini bagi memastikan orang ramai mempunyai kesedaran. Kita akan terus menasihatkan mereka," katanya.
Jelas beliau lagi, rata-rata pengguna jalan raya ketika ditemui memberikan alasan mempunyai urusan di pusat bandar, kerja shif malam dan juga terpaksa bergegas ke hospital.
Ruzaini Zulkepli
Fri Mar 20 2020
Tinjauan semasa sekatan jalan raya malam tadi menyaksikan ratusan pemandu kenderaan masih berlegar di laluan Putatan menuju ke Kota Kinabalu meskipun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan masuk hari kedua semalam. - Astro AWANI
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir: TNB nafi putuskan bekalan elektrik di Alor Setar
TNB Careline memaklumkan dakwaan berkenaan adalah tidak benar dan meminta orang ramai untuk tidak mudah percaya kepada mesej yang tidak disahkan.
Pendekatan komprehensif antara pemain media dan pihak berkuasa depani salah guna AI - Ashwad Ismail
Pendekatan komprehensif di antara kerajaan, pemain industri media serta pihak berkuasa perlu digerakkan bagi mendepani risiko penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) terutamanya berkaitan peny
LHDN tidak pernah hantar pautan status bayaran balik melalui portal MyTax
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak pernah menghantar sebarang pautan kepada pembayar cukai berkaitan status bayaran balik melalui portal MyTax, menurut agensi pentadbir cukai itu.
Kerap 'disajikan' unsur negatif di media sosial cetus masyarakat pemikiran jumud - Pakar
Perkembangan teknologi sepatutnya melahirkan masyarakat intelektual namun ia boleh jadi sebaliknya jika pengguna media sosial gagal menapis bahan negatif yang terdapat dalam rangkaian internet.
Media sosial Barat banyak temberang, hapuskan aplikasi mereka - Duta BRICS
Nasser berkata, untuk melemahkan doktrin Barat, perlu hapuskan aplikasi ciptaan mereka dan sokong media baharu yang adil dalam pelaporan.
Dakwaan larangan pengeluaran KWSP untuk haji berunsur fitnah - Lim
Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying menegaskan sebarang dakwaan mengenai larangan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk tujuan menunaikan ibadah haji adalah tidak benar.
AI bukan ancaman kepada industri media - Wartawan veteran
Kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam industri media tidak harus dilihat sebagai satu ancaman.
COVID 19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
COVID 19: PENIAGA BEBAS, LEPAS TUDUHAN SEBAR BERITA PALSU
COVID-19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
Mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes yang melangkaui keraguan munasabah terhadap Muhammad Zaki.
Pendakwaan tarik balik rayuan, Lokman Adam kekal bebas tuduhan sebar berita palsu
Lokman Noor Adam kekal lepas dan bebas daripada pertuduhan menyebarkan berita palsu di laman Facebook miliknya berhubung kematian seorang pegawai polis akibat vaksin, tiga tahun lepas.