awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerap 'disajikan' unsur negatif di media sosial cetus masyarakat pemikiran jumud - Pakar

Khalis Khadir
Khalis Khadir
01/11/2024
20:15 MYT
Kerap 'disajikan' unsur negatif di media sosial cetus masyarakat pemikiran jumud - Pakar
Noor Nirwandy berkata, tiada cara lain untuk menangani isu sedemikian melainkan pengguna perlu mengamalkan prinsip tabayyun iaitu menyemak fakta sebelum disebarkan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Perkembangan teknologi sepatutnya melahirkan masyarakat intelektual namun ia boleh jadi sebaliknya jika pengguna media sosial gagal menapis bahan negatif yang terdapat dalam rangkaian internet.
Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi UiTM, Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, ia lebih parah apabila algoritma aplikasi itu memaparkan bahan negatif sehingga membentuk pemikiran jumud.
“Apabila bercakap kepada perkembangan arus globalisasi dan kemajuan teknologi komunikasi, ia membuka ruang untuk kita faham perkara baru tapi sampai satu ketika ia mengikat kepada pemikiran lebih sempit sehingga taksub kepada fahaman tertentu dan ini membimbangkan.
“Lebih teruk apabila ia akan membentuk algoritma yang mengikat pemikiran kepada sesuatu hal terutama bab negatif sehingga menimbulkan rasa obses. Ini boleh terjadi sebab hari-hari kita lihat kandungan ke arah yang sama kerana kecerdasan buatan (AI) itu mula mengenali kecenderungan pemikiran kita sehingga disajikan sentiasa,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Astro AWANI menerusi program Pantau Agenda Reformasi pada Jumaat.
Jelasnya, tiada cara lain untuk menangani isu sedemikian melainkan pengguna perlu mengamalkan prinsip tabayyun iaitu menyemak fakta sebelum disebarkan.
Tegas beliau, prinsip berkenaan tidak boleh dipandang enteng kerana perbalahan membabitkan perkauman dan agama boleh tercetus jika berita palsu menjadi satu normalisasi di media sosial.
Beliau menasihatkan pengguna media sosial perlu bijak memilih fakta kerana semua maklumat dapat diakses hanya di hujung jari.
Topic Berkaitan
#media sosial
#kecerdasan buatan
#teknologi
#berita palsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan