Majlis Sukarelawan Bencana Negara (MSBN) meminta rakyat supaya tidak mementingkan diri sendiri sebaliknya mematuhi arahan dan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari bermula hari ini sehingga 31 Mac bagi membendung penularan wabak COVID-19.
Pengerusi Jawatankuasa MSBN, Datuk Zuhairi Ab Kadir berkata, tujuan perintah itu dikeluarkan adalah untuk rakyat duduk di rumah dan menjarakkan hubungan sosial demi kesihatan diri dan keluarga.
“Kegagalan rakyat mengambil langkah berjaga-jaga akan memungkinkan negara menghadapi gelombang COVID-19 yang mungkin lebih serius dan bahaya.
“Dalam situasi wabak ketika ini, janganlah kita (rakyat) mengeruhkan lagi keadaan sebaliknya mengikuti dan mematuhi segala peraturan ditetapkan kerajaan berhubung langkah kawalan COVID-19.
“Kita perlu bertenang dan serah kepada kebijaksanaan kerajaan bagi membendung penularan wabak ini. Kita pasti tidak mahu apa yang berlaku di Itali berlaku di negara ini, jadi beri kepercayaan kepada pihak kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada Isnin, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari bermula hari ini sehingga 31 Mac di seluruh negara bagi membendung penularan COVID-19.
Perintah Kawalan Pergerakan berkenaan dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.
Perintah itu meliputi enam perkara termasuk penutupan sekolah, premis swasta, institusi pengajian tinggi (IPT).
Bagaimanapun, perkhidmatan penting serta pasar awam, pasar raya, kedai runcit dan kedai serbaneka akan tetap dibuka kepada orang ramai.
Mengulas lanjut Zuhairi berkata, penularan pandemik yang boleh membawa maut itu pastinya bukan sahaja membimbangkan pihak kerajaan malah rakyat keseluruhannya.
Sehubungan itu, MSBN berpandangan keputusan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari adalah suatu yang tepat.
“Ini merupakan langkah terbaik yang diambil buat masa ini bagi menjarakkan hubungan sosial. Pastinya usaha yang dilakukan oleh kerajaan ini bertujuan menurunkan jumlah kes COVID-19.
“Jadi, marilah bersama-sama kita mematuhi arahan kerajaan itu. Jika bukan kita (rakyat) yang mematuhinya siapa lagi. Jangan nanti bila sudah terhantuk baru terngadah,” ujarnya.
Beliau dalam pada itu turut meminta rakyat supaya tidak sesuka hati menyebarkan berita palsu berhubung wabak yang boleh membawa maut itu jika tidak mempunyai kesahihan tentang sesuatu maklumat yang diterima.
“Jangan nanti apabila dikenakan tindakan undang-undang kerana sebar berita palsu baru kita hendak menyesal, jadi elakkan perbuatan sedemikian,” jelasnya.
Firdaus Azil
Wed Mar 18 2020
Pengerusi Jawatankuasa MSBN, Datuk Zuhairi Ab Kadir berkata, tujuan perintah itu dikeluarkan adalah untuk rakyat duduk di rumah dan menjarakkan huhungan sosial demi kesihatan diri dan keluarga. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
COVID-19: Tiga kes kematian dicatat, ini lima tumpuan kenyataan media KKM
Terdapat 108 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 47 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Sultan Perak, Sultan Selangor, Sultan Johor antara yang hadir ke Istana Negara
Pertemuan itu dijangka bagi membincangkan beberapa cadangan yang dipersembahkan oleh kerajaan terutamanya mengenai penularan COVID-19.
Pusat Jagaan Darul Hanan ambil langkah pengasingan penghuni, pekerja
Difahamkan seorang wanita warga emas yang baru masuk ke situ minggu lepas disahkan COVID-19 kelmarin.
COVID-19: Tiga lagi sekolah di Perak diarah tutup
Sebanyak tiga sekolah di Perak diarah tutup selama tujuh hari mulai hari ini selepas terdapat jangkitan wabak COVID-19 dalam kalangan pelajar di sekolah berkenaan.
Kluster Penjara Jawi: Seorang lagi pegawai penjara positif COVID-19
Pegawai wadar itu bertugas di blok baharu yang menjaga sekumpulan banduan yang dijangkiti COVID-19 sebelum ini.
SMK Lubuk China dan SK Telok Berembang di Melaka diarah tutup
Dua buah sekolah di Masjid Tanah, Melaka diarah tutup selepas seorang pelajar dari kedua-dua sekolah berkenaan disahkan positif COVID-19.
Cawangan utama BSN Kota Kinabalu ditutup, kakitangan positif COVID-19
Cawangan BSN ditutup bermula hari ini bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan menyeluruh.
Jepun tarik balik larangan perjalanan ke Malaysia, 11 negara lain
Sebelas negara lain termasuk China, Taiwan, Australia, New Zealand, Singapura dan Korea Selatan.
Maaflah jika Abah ini mula menggunakan rotan! - Muhyiddin
Katanya, selepas ini hukuman kompaun akan dikenakan tanpa mengira pangkat dan darjat terhadap mereka yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19.
COVID-19: 691 kes baharu dilaporkan, majoriti di Penjara Alor Setar
Jumlah kes baharu positif COVID-19 yang dilaporkan hari ini ialah sebanyak 691.