awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Penggunaan ICU meningkat, turut libat pesakit muda - Dr Noor Hisham

Astro Awani
Astro Awani
08/05/2021
12:24 MYT
COVID-19: Penggunaan ICU meningkat, turut libat pesakit muda - Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham berkata, bagi kes-kes tertentu, Kementerian Kesihatan (KKM) akan menjalankan kajian terperinci bagi mencari bukti jika sesuatu jangkitan melibatkan varian. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham menyuarakan kebimbangan dengan peningkatan kadar penggunaan Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital yang turut membabitkan pesakit golongan muda.
Beliau berkata, bukan sahaja warga emas dan pesakit yang menderita penyakit selain COVID-19 dirawat di ICU ketika ini, malah bilangan orang muda juga meningkat.
"Dalam penggunaan ICU, memang berlaku peningkatan penggunaan ICU. Selain warga emas serta mereka yang mempunyai penyakit (selain COVID-19), orang muda juga menggunakan ICU dan kes tahap keterukan pesakit adalah lebih tinggi," katanya dalam sidang media di Putrajaya pada Sabtu.
BACA: COVID-19: Malaysia catat 4,519 kes baharu, 25 kematian
BACA: Peningkatan jumlah pesakit di ICU bukan petanda sistem kesihatan lumpuh - Pakar
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, bagi kes-kes tertentu, Kementerian Kesihatan (KKM) akan menjalankan kajian terperinci bagi mencari bukti jika sesuatu jangkitan melibatkan varian.
"Dalam sesetengah kes, kita akan melakukan kajian Gynomic untuk membuktikan jangkitan varian dalam kalangan pesakit.
"Kemudian oleh kerana jangkitan dalam komuniti tinggi, ia menjadi sebab populasi rentan iaitu warga emas dan komobiditi telah dijangkiti sama ada daripada anak mereka yang pulang. Itu sebab kenapa mereka dibawa ke hospital dan diberikan bantuan pernafasan," ujarnya.
Topic Berkaitan
#ICU
#Media
#Putrajaya
#kesihatan
#warga emas
#unit rawatan rapi
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#KKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan