awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKM sasar haram vape tahun ini - Dzulkefly
Alat permainan seks dan motosikal 'moped' bernilai RM1.05 juta dirampas
REHDA gesa pengeluar dan pengilang kawal kos bahan binaan, elak jejas harga hartanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Pergerakan pekerja antara tapak bina jadi punca peningkatan kes

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
24/11/2020
09:38 MYT
COVID-19: Pergerakan pekerja antara tapak bina jadi punca peningkatan kes
Sub-kontraktor yang melaksanakan projek tersebut telah pergi ke beberapa projek yang lain dan kluster ini telah melibatkan lima projek pembinaan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:Pergerakan pekerja dari satu lokasi tapak bina ke lokasi lain dilihat menjadi punca kepada peningkatan kes COVID-19 melibatkan beberapa kluster tapak bina.
Mengambil contoh Kluster Tapak Bina Damanlela, Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Datuk Ir. Ahmad 'Asri Abdul Hamid berkata, pada peringkat awal kluster itu, hanya 17 kes positif COVID-19 dikesan.
"Namun, sub-kontraktor yang melaksanakan projek tersebut telah pergi ke beberapa projek yang lain.
"Sehingga kini, kluster ini telah melibatkan lima projek pembinaan.
"Maknanya, satu aspek yang kita perlu tekankan adalah SOP berkaitan pergerakan pekerja itu sendiri.," katanya ketika ditemu bual Astro AWANI.
Kluster Tapak Bina Damanlela mula dikesan pada 7 November lalu dengan hanya 15 kes positif direkodkan.
Bagaimanapun,, seminggu selepas itu iaitu pada 15 November, sejumlah 720 kes direkodkan dalam kluster itu melibatkan beberapa tapak projek.
Justeru, katanya, pihak CIDB dan Kementerian Kerja Raya (KKR) yang memandang serius perkara itu telah melaksanakan sesi libat urus bersama beberapa kementerian pada 19 November lalu.
Ia dihadiri oleh lebih 40 persatuan mewakili seluruh sektor pembinaan merangkumi pemaju, kontraktor, perunding dan pembekal binaan.
Ikuti perkembangan terkini COVID-19 di sini
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Kluster Damanlela
#kluster tapak bina
#tapak pembinaan
#cidb
#Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan
#Ahmad 'Asri Abdul Hamid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan