KADAR kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia menunjukkan trend peningkatan selama seminggu berturut-turut.

Angka itu meningkat kepada 1.05 pada Sabtu berbanding 1.04 hari sebelumnya.

Sebanyak enam negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi 1.00.

Antaranya Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang dan Kelantan.

Negeri yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan di bawah 1.00 pula adalah Johor, Melaka, Perlis, Sabah, Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Perak dan Sarawak.

Hanya Labuan mencatatkan 12 kes baharu COVID-19.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.