KUALA LUMPUR: NILAI kadar kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia mencatatkan penurunan.

Pada Sabtu, angka itu susut kepada 0.89 berbanding 0.90 hari sebelumnya.

Sembilan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

Dua negeri mencatatkan kadar purata melebihi 1.00 iaitu Perlis dan Putrajaya.

Ini diikuti Melaka, Pahang, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Sarawak dan Perak.

Sementara itu, Johor, Selangor, Kedah, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Sabah mencatat R-naught di bawah purata kebangsaan.

Labuan mencatatkan empat kes baharu COVID-19.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu. Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.