KUALA LUMPUR: Nilai kadar kebolehjangkitan di Malaysia mencatatkan penurunan sebanyak 0.02.

Pada Isnin, angka itu turun kepada 0.90 berbanding 0.92 hari sebelumnya.

Sembilan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

Pahang merekodkan kadar tertinggi dengan mencatatkan 1.00.

Ini diikuti Putrajaya, Perlis, Perak, Terengganu, Kelantan, Melaka, Sarawak dan Johor.

Sementara itu, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Sabah, Kedah dan Kuala Lumpur catat R-naught di bawah purata kebangsaan.

Labuan mencatatkan sifar kes baharu COVID-19.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu, manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.