KUALA TERENGGANU: Daerah Besut bertukar menjadi zon merah hari ini apabila merekodkan pertambahan 24 kes positif COVID-19 bagi Kluster Belaoh menjadikan jumlah keseluruhan 49 kes direkodkan daripada kluster itu.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Nor Azimi Yunus berkata kluster yang bermula di Kampung Bela Oh di Besut itu berpunca daripada rutin penduduk yang suka 'mengeteh' di kedai-kedai kopi selepas selesai menunaikan solat di masjid dan surau tanpa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
"Sekelip mata daerah Besut bertukar (status) merah. Bayangkan jika kita tidak laksanakan PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan) di kawasan tersebut. Kemungkinan akan berlaku kluster yang besar di daerah Besut akibat pergerakan bebas kes positif yang ramai tu. Ramadan 2021 bakal menjelma tak lama lagi.
"Rakyat gembira nak sambut Ramadan nak berbuka bersama keluarga, sedangkan petugas kesihatan akan berbuka di lapangan bersama-sama kawan...Justeru tolong raikan pengorbanan mereka dengan cara patuhi SOP," katanya dalam hantaran yang dimuat naik di laman Facebooknya hari ini.
Ketika ini terdapat 126 kes aktif COVID-19 di Terengganu dengan kes tertinggi di Besut (61) diikuti Kuala Nerus (27), Kuala Terengganu (17), Dungun (13), Marang (empat), Setiu (dua) dan Hulu Terengganu (dua).
Kluster Belaoh yang didaftarkan pada 6 April lepas adalah kluster komuniti yang melibatkan daerah Besut dan Marang di Terengganu serta daerah Bachok di Kelantan.
Kes indeks bagi kluster itu ialah seorang lelaki berusia 62 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 4 April hasil saringan individu bergejala. Sehingga kini seramai 945 individu sudah disaring termasuk penduduk di dua kampung bersebelahan iaitu Kampung PPRT Belaoh Baru dan Kampung Keruak.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 10 2021
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Nor Azimi Yunus berkata kluster yang bermula di Kampung Bela Oh di Besut itu berpunca daripada rutin penduduk yang suka 'mengeteh' di kedai-kedai kopi. - Gambar fail/Astro AWANI
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
COVID-19: Rutin 'mengeteh' punca Besut bertukar jadi zon merah
Daerah Besut bertukar menjadi zon merah hari ini apabila merekodkan pertambahan 24 kes positif COVID-19 bagi Kluster Belaoh menjadikan jumlah keseluruhan 49 kes direkodkan daripada kluster itu.