awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Sarawak turut beralih ke fasa endemik bermula 1 April 2022

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
19/03/2022
06:23 MYT
COVID-19: Sarawak turut beralih ke fasa endemik bermula 1 April 2022
Jelas Uggah JPBN Sarawak sedang merancang beberapa protokol kesihatan bagi membolehkan prosedur operasi standard (SOP) yang baharu dan relevan dengan fasa endemik dapat dilaksanakan. - Astro AWANI.
KUCHING: Seiring dengan keputusan kerajaan pusat, Kerajaan Sarawak memutuskan untuk beralih ke fasa endemik berkuat kuasa 1 April ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata peralihan itu adalah sebahagian daripada strategi Sarawak untuk membolehkan rakyat negeri itu dapat menjalani kehidupan yang lebih normal.
Sehubungan dengan itu, JPBN Sarawak katanya sedang merancang beberapa protokol kesihatan bagi membolehkan prosedur operasi standard (SOP) yang baharu dan relevan dengan fasa endemik dapat dilaksanakan.
“Sempadan-sempadan negara kita akan dibuka dan pastinya para pelancong akan dibenarkan untuk masuk ke Sarawak dengan keperluan SOP kesihatan yang lebih longgar.
“JPBN Sarawak sedang merancang keperluan logistik dan strategi untuk membolehkan sempadan kita dibuka kembali, SOP akan dilonggarkan dan kita akan maklumkan SOP baharu ini kepada orang awam,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Makan Malam Persidangan Kebangsaan Wanita Dayak 2022 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching pada Jumaat.
Timbalan Premier Sarawak itu terus menggesa agar masyarakat sentiasa peka dengan tahap kesihatan masing-masing dengan sentiasa melakukan saringan kesihatan selain mendapatkan suntikan dos penggalak sebagai perlindungan yang lebih baik menjelang fasa endemik.
“Terdapat pelbagai bukti yang cukup mendedahkan bahawa dos penggalak berupaya untuk membantu individu melawan virus COVID-19 dan kini terdapat seramai 207,486 rakyat Sarawak yang layak belum mendapatkan dos penggalak.
“Jangan berlengah-lengah dan memperjudikan nyawa anda terutama warga emas yang mempunyai komorbid, jika ada kawan-kawan dan saudara yang belum divaksin, tolong nasihatkan mereka untuk mendapataknnya demi melindungi mereka,” katanya.
Setakat 16 Mac 2022, Sarawak secara aktif telah memberikan vaksin kepada 65.7 peratus daripada 286,000 jumlah keseluruhan kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negeri itu.
Dalam tempoh yang sama sejumlah 80.4 peratus daripada keseluruhan rakyat Sarawak yang layak berusia 18 tahun ke atas telah menerima dos penggalak termasuk individu yang tergolong dalam kategori berisiko, Orang Kelainan Upaya (OKU), petuga kesihatan, warga emas dan penerima vaksin Sinovac.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#endemik
#Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri JPBN Sarawak
#Datuk Amar Douglas Uggah Embas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan