Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 Disember 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 Disember 2025.
Mahkamah Tinggi pada Jumaat memutuskan bahawa empat surat yang dikemukakan sebagai bukti kononnya derma daripada pemerintah Arab Saudi dalam perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah palsu.
Mahkamah Tinggi pada Jumaat memberitahu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bukan ‘orang kampung’ sehingga mudah dikelirukan oleh pihak pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya melumpuhkan sindiket dadah antarabangsa yang didalangi warga Asia Timur dengan rampasan dadah seberat 6.2 tan bernilai RM1.04 bilion menerusi Op Gaharu 2.0 di sekitar Lembah Klang, pada 21 Disember lalu.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan terus menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa rasa takut atau pilih kasih, berpandukan sepenuhnya kepada fakta, bukti, dan kepentingan awam.
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak didapati bersalah atas 25 pertuduhan berkaitan penyelewengan RM2.3 billion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Mahkamah Tinggi, di sini, sebentar tadi.
Suspek utama pembunuhan Suri Narudin yang mayatnya ditemukan dalam beg ditanam di belakang sebuah rumah di Kampung Batu 4, Pedas, 18 Disember lepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tampin, pada Jumaat.
Firma penyelidikan Amerika Syarikat, Ocean Infinity pada Jumaat mengesahkan bahawa ia menyambung semula pencarian pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang pada 2014.
Lapan individu yang ditahan berhubung kekecohan yang turut menyebabkan bekas Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Senior Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman cedera di Kampung Sungai Baru, di sini tiga bulan lalu akan dituduh dalam dalam terdekat.
“Saya akan terus menuntut hak saya melalui saluran yang sah dengan maruah dan kesabaran walaupun jalannya sunyi dan menuntut pengorbanan yang besar,” kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


