SELANGOR melaporkan kes harian baharu tertinggi COVID-19 pada 13 Februari iaitu sebanyak 1,345 kes (38.5 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 1,052 kes (78.3 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Johor sebanyak 802 kes (23.0 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 511 kes (14.6 peratus).

Berikut adalah lima perkara penting kenyataan media KKM pada 13 Februari.

1. 3,499 kes baharu, 261,805 kes kumulatif.

2. Selangor catat paling tinggi, 1,345 kes.

3. 70 kes (2.0 peratus) berkaitan kluster-kluster di penjara.

4. 10 kluster baharu direkodkan.

5. 11 kluster diisytiharkan tamat