KUALA LUMPUR:Selangor masih mencatatkan kes harian tertinggi jangkitan COVID-19 dengan 2,460 kes baharu direkodkan pada Ahad.

Ia diikuti dengan negeri Johor yang mencatatkan sebanyak 1,020 kes baharu positif COVID-19.

Berikut adalah lima perkara penting kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini:

1) 5,298 kes baharu dicatatkan, menjadikan jumlah kumulatif terkini adalah sebanyak 214, 959 kes.

2) 4,522 kes sembuh direkodkan, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh ialah sebanyak 166,049 kes.

3) 14 lagi kematian dicatatkan dengan jumlah keseluruhan kes kematian kini ialah sebanyak 760 kes.

4) 10 kluster baharu direkodkan melibatkan negeri-negeri Johor. Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Perak.

5) Selangor dan Johor merekodkan kes baharu paling tinggi.

BACA: COVID-19: Tiga hari berturut-turut melebihi 5,000 kes