KUALA LUMPUR :Kesemua 19 individu yang dikesan positif dalam Kluster Baiduri di Cheras adalah anggota polis.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menjalankan siasatan mengenai punca jangkitan yang dikesan ketika prapembedahan itu.
"Jadi dalam kes ini, iaitu saringan yang dijalankan adalah sebelum pembedahan dan individu tersebut didapati positif dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.
"Saringan lanjut mendapati 18 lagi kes positif dan menjadikan jumlah setakat ini 19 kes melibatkan anggota polis," katanya pada sidang media yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook KKM di sini, pada Selasa.
Dalam pada itu, Noor Hisham menjelaskan setakat ini 42 individu daripada kluster itu telah disaring dan KKM masih menunggu keputusan.
Sebanyak 660 kes baharu COVID-19 direkodkan pada Selasa, menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negara ini sebanyak 16,880 kes.
Daripada jumlah itu, dua adalah kes import manakala 658 kes lagi adalah penularan tempatan.
Astro Awani
Tue Oct 13 2020
Dr Noor Hisham berkata KKM masih menjalankan siasatan mengenai punca jangkitan melibatkan Kluster Baiduri. - Gambar hiasan/BERNAMA
Jangan kaitkan isu perkauman, politik dengan sektor pelancongan - King Sing
King Sing berkata sikap perkauman juga boleh mengakibatkan para pelancong 'takut' untuk mengunjungi Malaysia, sekali gus menjejaskan pertumbuhan ekonomi.
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
COVID-19: Semua 19 individu positif Kluster Baiduri anggota polis
Kesemua 19 individu yang dikesan positif dalam kluster Baiduri di Cheras adalah melibatkan anggota polis.
Enam lagi kluster baharu dikenal pasti - Dr Noor Hisham
Enam lagi kluster baharu COVID-19 dilaporkan hari ini dengan dua di Kuala Lumpur dan masing-masing satu di Selangor, Johor, Putrajaya serta Sabah.