Sukan Malaysia (Sukma) 2020 di Johor yang dijadual pada Julai ini, ditangguhkan ke satu tarikh akan ditetapkan kemudian berikutan ancaman wabak COVID-19.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukma menerusi persidangan video petang ini, sebulat suara bersetuju dengan keputusan itu.
Menerusi kenyataan media, beliau berkata keputusan itu dibuat dengan mengambil kira aspek paling utama iaitu demi keselamatan dan kesihatan atlet, jurulatih, pegawai serta semua yang terlibat dalam temasya itu.
"Jawatankuasa juga bersetuju agar tarikh baharu akan diputuskan dengan secepat mungkin pada mesyuarat akan datang, iaitu selewat-lewatnya pada awal Mei 2020. Dua cadangan tarikh baharu menjadi pilihan majoriti iaitu pada Disember 2020 atau dianjakkan ke 2021 setelah mengambil kira beberapa perkara.
"Antaranya ialah pemantauan berterusan perkembangan wabak COVID-19; tiada pertindihan dengan tarikh-tarikh penting yang lain seperti peperiksaan awam, acara-acara sukan utama; serta meneliti dan mengambil kira kepentingan semua pihak berkepentingan Sukma 2020, khususnya negeri Johor sebagai tuan rumah," katanya.
Sukma Johor pada awalnya dijadual berlangsung dari 11 hingga 19 Julai ini, dengan kehadiran hampir 30,000 atlet, pegawai, petugas media dan sukarelawan.
Reezal Merican berkata, beliau juga sudah mengarahkan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail dengan kerjasama Sekretariat Sukan Malaysia Johor untuk membuat penelitian yang komprehensif dengan mengambil kira maklum balas daripada semua pihak berkepentingan.
Ia merangkumi aspek kelayakan dan persiapan atlet, implikasi ke atas aktiviti promosi, pemasaran, program pra-Sukma, penajaan, branding, liputan media, persiapan logistik, kemudahan pertandingan sukan spesifik dan lain-lain aspek berkaitan untuk dilaporkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukma akan datang.
Jawatankuasa Tertinggi Sukma itu dianggotai oleh semua 14 Exco Belia dan Sukan negeri, termasuk Exco Negeri Johor selaku penganjur; Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Dr Waitchalla RRV Suppiah; Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria; Ahmad Shapawi; Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara, Ahmad Faedzal Md Ramli dan Sekretariat Sukan Malaysia Johor.
Beliau turut meminta Waitchalla selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Para Sukma Johor 2020 (11 hingga 22 Ogos) untuk mengambil tindakan serupa bagi menangguhkan temasya berkenaan.
Sementara itu, Reezal Merican mengalu-alukan keputusan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Jepun untuk menangguhkan Sukan Olimpik Tokyo 2020 ke tahun hadapan.
"Penangguhan Sukan Olimpik mengambil kira situasi semasa COVID-19 dan atas kepentingan yang paling utama iaitu untuk menjaga keselamatan dan kesihatan atlet, pegawai dan semua terlibat. KBS dan MOM akan bekerjasama rapat untuk meneliti implikasi keputusan itu ke atas atlet dalam masa terdekat ini," katanya. - BERNAMA
Bernama
Wed Mar 25 2020
Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukma menerusi persidangan video pada Rabu bersetuju dengan penangguhan itu, kata Reezal Merican. - Gambar BERNAMA
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Lima cedera dalam tembakan di luar kelab malam di Washington
Lima cedera dalam insiden tembakan di luar sebuah kelab malam di Washington, Amerika Syarikat pada lewat Jumaat.
Kerjasama dua hala India-Malaysia bergantung kepada kepercayaan, kebolehpercayaan bersama - Menteri Luar
Memupuk kepercayaan dan kebolehpercayaan bersama sebagai asas untuk kerjasama dua hala antara India dan Malaysia adalah sangat penting, kata Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar.
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 berkuat kuasa 1 April - Armizan
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 akan dikuatkuasakan pada 1 April ini selepas diwartakan pada 2 Feb, kecuali empat seksyen dalam akta berkenaan.
Kadar rizab tenaga di Semenanjung diunjur 28-36 peratus bagi tahun 2024-2030
Kadar rizab margin tenaga di Semenanjung bagi tahun 2024 hingga 2030 diunjurkan antara 28 hingga 36 peratus.
LADA sasar ketibaan tiga juta penumpang ke Langkawi tahun ini
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menyasarkan untuk meningkatkan ketibaan penumpang ke Langkawi kepada tiga juta tahun ini, selepas mencapai kira-kira 2.82 juta ketibaan penumpang pada 2023.
Jumlah pelancong Turki ke Malaysia meningkat 10.8 peratus
Jumlah pelancong Turkiye yang datang ke Malaysia dari Januari hingga November 2023 menunjukkan peningkatan sebanyak 10.8 peratus atau 15,623 orang berbanding 14,096 bagi tempoh sama pada 2019.
UMNO junjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah
UMNO menjunjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah menyempurnakan tempoh pemerintahan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, hari ini.
PM yakin rakyat rasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah
Anwar yakin bahawa seluruh rakyat merasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah dalam memastikan keamanan dapat dinikmati oleh semua sepanjang pemerintahan Seri Paduka.
Permintaan kargo udara global melonjak 8.3 peratus pada November - IATA
Permintaan kargo udara global melonjak 8.3 peratus pada November 2023 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya, manakala pertumbuhan permintaan untuk operasi antarabangsa berada pada 8.1 peratus.
MITA bangunkan kempen pemasaran disesuaikan ikut rantau
Persatuan Pelancongan Domestik Malaysia (MITA) akan membangunkan kempen pemasaran inovatif yang disesuaikan dengan setiap rantau untuk menyerlahkan tawaran unik Malaysia.
Sarawak peruntuk RM2 juta untuk Paxlovid - Abang Jo
Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM2 juta bagi pembelian pil antiviral Paxlovid susulan peningkatan kes COVID-19 baru-baru ini, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.