KOTA BHARU: Sultan Kelantan Sultan Muhammad V melarang sebarang penyampaian dan pengajaran kuliah yang bertentangan dengan dasar kerajaan berkaitan penularan wabak dan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata larangan itu dibuat selepas pihaknya mendapati segelintir pendakwah termasuk Pemegang Tauliah Mengajar MAIK membuat kenyataan yang bertentangan dengan dasar kerajaan berhubung perkara tersebut.
"Perkara ini memberi kesan negatif terhadap langkah kerajaan untuk membendung wabak ini daripada terus merebak dalam masyarakat negeri ini.
"Dalam situasi darurat sekarang, semua pihak perlu menghentikan semua perbezaan dan pendapat dalam perkara ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW - Maka jika kalian melihat perselisihan, berpeganglah pada as-Sawad al-A'dzham (majoriti orang-orang Islam) - dan berdasarkan kaedah fiqh 'keputusan hakim mengangkat segala khilaf'," katanya dalam kenyataan hari ini.
Tengku Mohamad Rizam yang juga Tengku Temenggong Kelantan berkata jika mana-mana Pegawai Masjid Bandar/Jajahan/Mukim, Pemegang Tauliah Mengajar MAIK dan pendakwah didapati melakukan perkara berkenaan, MAIK tidak teragak-agak untuk mengenakan tindakan tegas.
"MAIK mengharapkan kerjasama daripada semua pihak terutamanya Pegawai Masjid Bandar/Jajahan/ Mukim, Pemegang Tauliah Mengajar MAIK serta pendakwah agar menyampaikan pengajaran selari dengan dasar kerajaan khususnya berkaitan wabak COVID-19 dan program imunisasi/pemvaksinan COVID-19," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 28 2021
Sultan Kelantan melarang sebarang penyampaian dan pengajaran kuliah yang bertentangan dengan dasar kerajaan berkaitan penularan COVID-19 dan PICK. - Gambar fail/ Bernama
Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat
Mara menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.
Gabungan dalam kerajaan kena hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam kerajaan perpaduan.
Intan Najuwa selamat bersalin anak sulung, beri nama Imane Lunara
PELAKON Datin Intan Najuwa selamat melahirkan cahaya mata sulungnya dan memberi nama Imane Lunara.
GRS Kekal Teruskan Kerjasama Dengan PH Sabah Hadapi PRN Ke-17 - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberi bayangan untuk kekal terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.
Operasi khalwat: Tidak wajar rakam guna kamera telefon peribadi - Peguam
Menurut Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang pegawai penguat kuasa agama hanya boleh membuat rakaman untuk tujuan siasatan atau prosedur mahkamah.
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar terima Darjah Kebesaran Kelantan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) di Istana Negeri pada Selasa.
Rakyat Kelantan perlu berwaspada, siap sedia hadapi musim tengkujuh - Sultan
Sultan Kelantan Sultan Muhammad V bertitah agar rakyat sentiasa berwaspada dan bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh yang bakal melanda.
PM Anwar dahului senarai 763 penerima Darjah Kebesaran Negeri Kelantan
Anwar dianugerahkan Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) yang membawa gelaran Datuk.
Anwar merafak sembah tahniah sempena Hari Keputeraan Sultan Muhammad V
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan tahniah kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda ke-55 hari ini.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Kelantan
Kelantan meraikan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Kelantan pada setiap 29 September sebagai cuti umum.
Sultan Kelantan ziarah makam Raja Perempuan Zainab II dan Tengku Azizah
Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan berangkat menziarahi makam kedua-dua nenda baginda di Makam Diraja Langgar, Kota Bharu.
Sambung jajaran ECRL sehingga Rantau Panjang - Sultan Kelantan
Titah tersebut dibacakan oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kedua DUN Kelantan.
Tular warta Sultan Kelantan tarik darjah kebesaran Mohammad Agus
Penarikan balik pingat Mohammad Agus itu berkuat kuasa 2 Disember lalu sebagaimana warta bertarikh 28 Disember lalu yang mula tular sejak pagi Khamis.
Mohd Amar dilantik Speaker DUN Kelantan
ADUN Kok Lanas, Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi dilantik sebagai Timbalan Speaker.
Panglima perang bakal MB Kelantan?
Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dikatakan sudah mengadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhamad ke lima pagi tadi.