KUALA LUMPUR: Semua pihak termasuk individu yang telah menerima vaksin COVID-19 perlu terus mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) sehingga imuniti kelompok tercapai, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata segala pematuhan kepada SOP dan tindakan kesihatan awam wajar diteruskan meskipun aktiviti imunisasi Fasa 1 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) mula dilaksanakan.
Langkah membendung penularan wabak itu termasuk kawalan sempadan antarabangsa, pelaksanaan pelbagai SOP serta aktiviti ujian dan saringan COVID-19 serta tindakan lain akan dinilai dari semasa ke semasa seterusnya dibincangkan bersama dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara.
"Keputusan untuk membenarkan pergerakan merentas negeri atau daerah misalnya adalah bergantung kepada penilaian beberapa faktor ini dan ia memerlukan keputusan bersama pihak kerajaan.
"Antara indikator utama yang digunakan dalam penilaian risiko ini adalah situasi semasa kes harian COVID-19, trend dan nilai semasa R-Naught (Rt), trend dan situasi semasa kematian akibat wabak, situasi penggunaan katil untuk kes COVID-19 (di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19, hospital, katil Unit Rawatan Rapi serta kes yang memerlukan bantuan pernafasan)," menurutnya dalam kenyataan perkembangan COVID-19 di sini hari ini.
Indikator lain yang turut dinilai ialah situasi semasa petugas kesihatan yang dijangkiti wabak dan aktiviti ujian makmal serta survelan COVID-19.
Sebelum ini, Dr Noor Hisham dilaporkan berkata Kementerian Kesihatan akan mempertimbang kelonggaran merentas sempadan daerah dan negeri jika 70 hingga 80 peratus rakyat sudah diberi vaksin COVID-19.
Fasa 1 PICK, yang bermula 24 Feb lepas, dijangka melibatkan pemberian suntikan vaksin itu kepada sejumlah 30,000 petugas barisan hadapan di seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 27 2021

Dr Noor Hisham berkata segala pematuhan kepada SOP dan tindakan kesihatan awam wajar diteruskan meskipun aktiviti imunisasi Fasa 1 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) mula dilaksanakan. - Gambar fail/BERNAMA

Netizen persoal SOP kehadiran 'meriah' lawat Tokti di hospital
Semua individu yang melawat penyanyi yang mesra disapa Tokti dan bayinya sudah melakukan ujian saringan.

AWANI Ringkas: Lagi lokaliti di Kelantan dikenakan PKPD | SOP: Bazar Ramadan Batu Buruk dipantau
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tak larat, sakit alasan kaki ponteng puasa
Tidak larat berpuasa selain sakit menjadi alasan biasa yang diberikan kaki ponteng puasa kepada penguatkuasa JAINJ.

'Terguna' duit RM1,000 majikan, lelaki buat laporan palsu disamun
Lelaki berusia 21 tahun itu mendakwa dia disamun empat lelaki yang menaiki motosikal dalam kejadian kira-kira jam 1.40 pagi.

Pengusaha Adam Char Kuey Teow terkenal di Permatang Pauh maut kemalangan
Ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal berkuasa tinggi dari arah Seberang Jaya dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan.

COVID-19: Kes jangkitan melebihi 142 juta, korban lebih 3 juta
Jumlah keseluruhan penularan jangkitan COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 142 juta.

Masih abai SOP walaupun kes COVID-19 meningkat - Polis Kelantan
Tinjauan polis Kelantan di beberapa lokasi mendapati, ada pengunjung masih mengambil sikap sambil lewa arahan pihak berkuasa supaya mematuhi SOP ditetapkan.

Tular gaduh depan restoran di Ipoh, polis tahan 2 lelaki, cari pemilik akaun Twitter
Polis turut mengesan pemilik akaun Twitter yang berkongsi video itu sambil mendakwa anggota polis yang berada di tempat kejadian tidak mengambil tindakan yang sewajarnya.

Thailand buat persediaan terima rakyatnya pulang dari Malaysia
Prayuth Chan o-cha mengarahkan agensi keselamatan di bahagian selatan untuk membantu rakyat Thailand yang terkandas di Malaysia untuk pulang ke negara itu.

ACCA: Pelajar terbaik Malaysia bangkit selepas dua kali gagal dalam peperiksaan
Siti Naziah berkongsi kaedah pembelajaran yang diamalkan bersama rakan-rakan sehingga membolehkan mereka memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan bertaraf dunia.

RM420.8 juta pembiayaan mikro kredit disalur menerusi PENJANA - Tengku Zafrul
Ia termasuk pemohon daripada bidang peruncitan dan perkhidmatan.

Vaksin COVID-19: EU sasar capai imuniti kelompok menjelang Jun
Program vaksinasi perlu merangkumi minimum 70 peratus orang dewasa seluruh populasi sebelum berakhir musim panas.

ABC-19: 15,000 sukarelawan bantu pendaftaran vaksinasi komuniti luar bandar - Redzuan
Pendaftaran sukarelawan tersebut mampu menambah kekuatan jentera sukarela sekali gus menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

EU yakin imuniti kelompok berjaya dicapai hujung September
EU menyasarkan sekurang-kurangnya 50 ke 60 peratus populasi berjaya divaksin sehingga penghujung Jun.

Kerajaan perlu fokus pada bantuan PKS, mewakili 70 peratus tenaga kerja
Kerajaan dicadangkan untuk menambah baik bantuan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam pakej rangsangan ekonomi yang bakal diumumkan dalam masa terdekat.

COVID-19: Dua kes varian Nigeria B1.525 dikesan di Malaysia
Kedua-duanya melibatkan warga asing yang tiba dari Dubai, UAE dan didapati positif COVID-19 melalui ujian swab RT-PCR, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Hospital swasta mohon kebenaran dapat vaksin dari sumber lain
Hospital swasta bersedia memperoleh vaksin daripada sumber lain bagi membantu kerajaan mencapai imunisasi kelompok lebih cepat.

Tunggu giliran, tidak perlu tergesa-gesa dapatkan suntikan vaksin COVID-19 - Pakar
Gaya hidup dijangka tidak akan berubah dalam masa terdekat biarpun seseorang individu itu sudah mendapatkan suntikan vaksin.

China sasar 40 peratus populasi divaksin menjelang Jun
Negara ekonomi kedua terbesar dunia, China menyasarkan 40 peratus populasinya divaksin menjelang Jun.

COVID-19: Terus patuhi SOP sehingga imuniti kelompok tercapai - KP Kesihatan
Semua pihak termasuk individu yang telah menerima vaksin COVID-19 perlu terus mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) sehingga imuniti kelompok tercapai.