PENDANG: Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa mengesahkan, tiada pelancong dari negara China yang dikesan mengalami gejala dan positif COVID-19.
Menurut beliau, keputusan itu diperoleh hasil pemeriksaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke atas 7,193 pengembara yang tiba dari negara berkenaan yang tiba di Malaysia sejak 8 hingga 10 Januari lalu.
Sehubungan itu, jelas beliau, tiada keperluan untuk menutup pintu sempadan negara ketika ini.
"Pada hari pertama sahaja (iaitu) 8 Januari lepas, kita telah menerima lebih kurang 4,000 pelancong dari China, kemudian hari-hari seterusnya termasuk yang terakhir jumlah yang kita terima babitkan pelancong (dari China) itu melebihi daripada 7,000 orang,
"(Saya nak maklumkan) tiada langsung kes jangkitan ataupun yang bergejala yang kita kesan di pintu masuk, jadi itu adalah satu (perkembangan) yang sangat baik.
"Daripada apa yang kita lalui (sebelum ini), (amat) penting untuk kita ambil langkah-langkah berjaga-jaga, bukan sahaja pelancong dari China bahkan juga negara-negara lain," kata beliau.
Dr Zaliha berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Projek Hospital Pendang oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) kepada KKM, di sini, pada Khamis.
Dalam perkembangan sama, beliau turut memaklumkan, situasi jangkitan COVID-19 di Malaysia terkawal di sebalik jumlah saringan yang tinggi dilakukan setiap hari.
Pada Selasa, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Norhayati Rusli mengesahkan, seramai 4,069 pengembara dari China tiba di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) Malaysia sejak republik itu membuka sempadan negara, Ahad lalu.
Menurut beliau, pemantauan rapi akan dilaksanakan KKM dalam memantau situasi berkenaan termasuk melakukan persampelan air kumbahan bagi pesawat yang tiba dari China.
Abd Hadi Che Awang
Thu Jan 12 2023

Dr Zaliha Mustafa (kanan) menerima replika kunci sebagai simbolik penyerahan projek Hospital Pendang daripada Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (kiri). - Gambar Astro AWANI

Siasatan seleweng RM2.3 bilion dana negara: SPRM beku akaun bank RM39 juta
Akaun bank berjumlah lebih RM39 juta termasuk milik bekas menteri kanan, dua ahli perniagaan bergelar 'Tan Sri' dan ahli keluarga mereka telah dibekukan.

#PE3: 'Ini orang yang saya sayang' - Air mata Zizan jatuh dek fenomena Polis Evo 3
Reaksi Zizan turut mendapat balasan sedih daripada Sam yang dilihat turut mengesat air matanya.

Aidiladha: Jualan tiket tambahan kereta api ke Pantai Timur bermula malam ini
Jualan tiket tambahan bagi perkhidmatan Tren Ekspres Lambaian Aidiladha (ELA) ke Pantai Timur sempena Hari Raya Aidiladha dibuka mulai 8 malam ini.

Hafidz bakal sahkan status hubungan dengan Athira selepas bercerai
Ditanya mengenai dakwaan berkelakuan seperti seorang yang psiko, Hafidz berkata dia tidak menghiraukan tuduhan netizen.

Kuarters, rumah ketua balai polis atas tanah gereja di Kamunting akan diroboh
Tanah rizab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di lot 784 di Kamunting, Taiping telah dimiliki The Titular Roman Catholic Bishop of Melaka sejak tahun 1883, kata Ketua Polis Perak.

Dakwaan rogol, Lubnan panggil balik dutanya ke Perancis
Menurut Kementerian Luar Lubnan, Rami Adwan akan ke Beirut selepas satu pasukan dihantar ke Kedutaan Lubnan di Paris untuk menyiasat kes itu.

Kerajaan teruskan subsidi ayam dan telur mulai bulan depan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju untuk meneruskan pemberian subsidi ayam dan telur bermula 1 Julai depan.

Serangan pisau Perancis: 'Tiada petunjuk motif pengganas' - Pendakwa Raya
Suspek lelaki adalah pelarian gelandangan yang tiba di Annecy pada musim luruh tahun lalu, dan kini dalam tahanan polis.

20 remaja cedera selepas tanjakan di Texas runtuh
Lima daripada mereka dihantar ke hospital di Houston menggunakan helikopter dan selebihnya dengan bantuan ambulans dan kenderaan persendirian.

Saya didakwa berhubung dokumen sulit - Trump
Trump berkata dia sepatutnya hadir di mahkamah Miami pada Rabu.

Kertas Putih: Kerajaan terpaksa buat keputusan dasar muktamadkan perolehan vaksin COVID-19
Pada masa yang sama terdapat permintaan yang sangat tinggi daripada semua negara yang lain untuk mendapatkan bekalan vaksin COVID-19 segera mungkin.

Kertas Putih Kesihatan: Tanpa PICK, kes COVID-19 lebih 10 juta - KKM
Kerajaan Malaysia telah berjaya menguruskan pandemik COVID-19 menerusi pendekatan multi strategi.

COVID-19 terus hantui Zimbabwe
Dua kematian direkodkan minggu lalu sebagaimana berlaku pada minggu sebelumnya.

Thailand tingkat kawalan keselamatan pelancong Malaysia
Antara langkah yang diambil termasuk pemeriksaan dan rondaan di destinasi-destinasi pelancongan utama di negara itu.

Perlu ada perjanjian khusus bagi perolehan darurat KKM - Lukanisman
Ia bagi memastikan mereka tidak mengambil kesempatan dan menyediakan peralatan yang mengikut piawaian.

COVID-19: Peratus kes, kadar kemasukan ke hospital menurun pada ME21/2023 - Dr Zaliha
Beliau turut memberi jaminan keadaan jangkitan COVID-19 di Malaysia masih terkawal dan perkhidmatan kesihatan di hospital tidak terjejas.

WHO akan peluas sistem pensijilan digital COVID-19 Kesatuan Eropah
WHO berkata model Eropah akan menjadi blok binaan pertama dalam mewujudkan Rangkaian Pensijilan Kesihatan Digital Global WHO.

Bekalan dadah sintetik di Timur dan Tenggara Asia pada tahap ekstrem - Laporan UNODC
Bekalan dadah sintetik di Timur dan Tenggara Asia masih berada pada tahap ekstrem dan dilihat semakin pelbagai, menurut laporan UNODC.

Aliran penumpang udara naik 45.8 peratus pada April, domestik pulih - IATA
Aliran pergerakan penumpang domestik bagi April tahun ini juga meningkat 42.6 peratus daripada tahun lepas dan kini telah pulih sepenuhnya.

Aplikasi COVID-19 Jerman kini dalam 'mod tidur'
Aplikasi Corona Warn tidak lagi dikemas kini atau dibangunkan sehingga notis selanjutnya selepas kontrak tamat pada 31 Mei.