KUCHING:Tiga kematian direkodkan di Sarawak akibat COVID-19 pada Rabu, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian di negeri itu meningkat kepada 42 kes.
Kesemua kematian itu melibatkan daerah Kuching, Miri dan Sibu.
Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, kes kematian ke 40 merupakan seorang lelaki temapatan berusia 40 tahun.
"Pada 1 Februari lalu dia didapati tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia serta mempunyai ko-morbid penyakit jantung, darah tinggi dan dislipidemia.
"Bagi kematian ke 41 melibatkan wanita tempatan, 59 tahun yang menerima rawatan di Hospital Miri. Kes mengalami demam dan peningkatan kadar pernafasan.
"Semantara kematian ke 42 pula melibatkan seorang wanita tempatan, 74 tahun yang mendapat rawatan di Hospital Sibu. Kes meninggal dunia hari ini," katanya.
Kemas kini JPBN Sarawak turut mendedahkan 148 kes positif COVID-19 dikesan di Sarawak yang mana Sibu mencatatkan angka tertinggi iaitu 48 kes.
Ia diikuti Bintulu dan Dalat 15 Kes, Beluru (14), Miri (12), Kapit dan Kanowit lapan kes, Sebauh dan Song masing-masing tujuh kes.
"Manakala Sri Aman mencatatkan lima kes diikuti Bau (3) sementara Kuching, Lundu, Tatau, Subis, Selangau dan Sarikei masing-masing satu kes," katanya.
Selain itu, terdapat 12 kluster COVID-19 yang masih aktif di Sarawak iaitu Kluster Bintang Daily, Meradong; Jalan Pengiran, Matu; Tabong, Bau; Indah Riang, Kuching; Bedayan, Serian; Rakut Miri; Bukit Sekubong, Sebauh; Jelita, Miri; Pasai, Sibu; Keranji Tebuan, Kuching; Bah Sayap, Miri serta Kluster Stutong, Kuching.
Astro Awani
Wed Feb 03 2021
JPBN Sarawak hari ini memberitahu, tiga kematian akibat COVID-19 yang masing-masing melibatkan daerah Kuching, Miri dan Sibu. - Gambar fail
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
COVID-19: Tiga kematian dicatatkan di Sarawak, 148 kes positif baharu
Tiga kematian direkodkan di Sarawak akibat COVID-19 pada Rabu, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 42 kes.