PUTRAJAYA:Tiga lagi kluster COVID-19 baharu dikenal pasti iaitu Kluster Bukit Gemok, Kluster Tapak Bina Cendana dan Kluster Dang Mutiara.

Berikut perincian bagi setiap kluster tersebut.

1. Kluster Bukit Gemok

- Kluster ini melibatkan daerah Tawau, Sabah.
- Kes dilaporkan aktif pada pada 5 Disember hasil saringan individu bergejala.
- Seramai 71 individu disaring, 10 kes lagi dikesan positif.

2. Kluster Tapak Bina Cendana

- Kluster ini melibatkan daerah Lembah Pantai, Titiwangsa, Cheras dan Kuala Lumpur.
- Kes dilaporkan positif pada 10 Disember hasil saringan di tempat kerja.
- Seramai 175 individu disaring, 11 kes lagi dikesan positif melibatkan seorang warganegara dan 10 bukan warganegara.

3. Kluster Dang Mutiara

- Kluster ini melibatkan daerah Gombak, di Selangor Dungun dan kemaman di Terengganu.
- Kes dilaporkan positif pada 9 Disember hasil saringan lapor diri di pelantar minyak.
- Seramai 102 individu disaring, 10 kes lagi dikesan positif.

Setakat ini, sebanyak 189 kluster aktif dipantau dan daripada jumlah itu sebanyak 56 kluster melaporkan pertambahan kes hari ini.

Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Penjara Jalan Harapan (565 kes), Kluster Rumah Merah (112 kes) dan Kluster Tapak Bina Berangan (69 kes).