KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat tujuh kluster baharu telah dikenal pasti melibatkan enam kluster berkaitan tempat kerja dan satu kluster komuniti.

Berikut perincian setiap kluster tersebut:

KLUSTER JALAN RAGUM

- Melibatkan daerah Klang dan Petaling, Selangor.
- Kes dikesan positif pada 16 Januari hasil saringan bersasar sebuah kilang.
- Seramai 542 individu disaring, 219 kes positif.

KLUSTER  BUKIT RAHMAN

- Melibatkan daerah Kuala Selangor, Petaling, dan Gombak, Selangor.
- Kes dikesan positif pada 31 Januari hasil saringan bersasar sebuah kilang.
- Seramai 2,800 individu disaring, 48 kes positif.

KLUSTER PARIT JAMIL DARAT

- Melibatkan daerah Muar, Johor.
- Kes dikesan positif pada 1 Februari hasil saringan bersasar sebuah kilang.
- Seramai 189 individu disaring, 26 kes positif.

KLUSTER TAPAK BINA JALAN CHERAS

- Melibatkan daerah Cheras, Kuala Lumpur.
- Kes dikesan positif pada 2 Februari hasil saringan bersasar sebuah kilang.
- Seramai 823 individu disaring, 332 kes positif.

KLUSTER SEMARAK BERSIA

- Melibatkan daerah Hulu Perak, Perak.
- Kes dikesan positif pada 21 Januari hasil saringan kontak rapat.
- Seramai 58 individu disaring, 19 kes positif.

KLUSTER TAMAN MUHIBBAH

- Melibatkan daerah Temerloh dan Kuantan, Pahang.
- Kes dikesan positif pada 27 Januari hasil saringan individu bergejala.
- Seramai 47 individu disaring, 14 kes positif.

KLUSTER INDUSTRI SERKAM

- Melibatkan daerah Jasin dan Melaka Tengah, Melaka.
- Kes dikesan positif pada 25 Januari hasil saringan bersasar sebuah kilang.
- Seramai 1,700 individu disaring, 69 kes positif.

BACA: COVID-19: 21 kematian hari ini, tertinggi pernah direkodkan