Universiti Awam (UA) mempunyai kuasa autonomi sendiri dalam membuat sebarang keputusan melibatkan arahan penangguhan kelas pengajian susulan penularan jangkitan COVID-19.
Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata keputusan yang sama telah dilaksanakan UA apabila negara dilanda jerebu sebelum ini, bagi memastikan kesihatan setiap warga universiti terjaga.
"Untuk universiti, mereka memang ada autonomi, sebagai contoh semasa masalah jerebu, universiti juga diberi autonomi untuk membuat keputusan atau penyusunan paling sesuai buat mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis prapelancaran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2020, di sini malam Khamis.
Pesta buku itu akan berlangsung dari 27 Mac hingga 5 April depan di Pusat Dagangan Dunia (WTC - sebelum ini dikenali sebagai PWTC).
Media hari ini melaporkan pihak pengurusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengarahkan semua penuntutnya untuk bercuti selama 10 hari bermula Khamis.
Ia sebagai langkah awal berjaga-jaga dalam usaha menangani penularan COVID-19 dan mencegah sebarang jangkitan di universiti itu.
Dalam pada itu, Teo berkata bagi penutupan sekolah kerajaan pula, ia akan dilaksanakan Kementerian Pendidikan (KPM) setelah mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM).
"Setakat ini, kita tidak ada terima arahan ataupun nasihat daripada KKM untuk tutup sekolah. Ini kerana belum ada pelajar yang disahkan positif (COVID-19).
"Aktiviti luar (kelas) setakat ini berjalan seperti biasa tetapi kalau kes menjadi semakin serius, jadi kami (KPM) akan bangkit isu ini kepada KKM untuk mendapatkan nasihat mereka," katanya.
Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Shahruddin Md Salleh.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 13 2020

Nie Ching berkata keputusan yang sama telah dilaksanakan UA apabila negara dilanda jerebu sebelum ini. -Foto BERNAMA

AWANI Ringkas: Vaksin Covid-19: Logistik jadi keutamaan di Sarawak | MB Pahang terima suntikan vaksin Jumaat ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (7:00AM).

AWANI Ringkas: Vaksin Covid-19, kesediaan MAB | KJ: PRU mungkin September 2021
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (6:00AM).

COVID-19: Satu suntikan vaksin Johnson & Johnson mampu cegah jangkitan - FDA
Kadar keberkesanan vaksin Johnson & Johnson adalah 66 peratus untuk mencegah COVID-19 tahap sederhana hingga teruk.

COVID-19: Komuniti, selebriti, menteri jadi golongan penting tangani antivaksin di UK
Kerajaan UK bertindak aktif dengan mengambil pelbagai inisiatif sekali gus menggunakan kuasa komuniti dalam menangani isu berkenaan.

COVID-19: Vaksin mampu lindungi warga emas penghidap penyakit kronik - Pakar
Golongan tersebut perlu memahami tindakan kerajaan berhubung pemberian vaksin berkenaan kerana ia menjadi faktor pelindung terhadap mereka.

COVID-19: Kes positif cecah 112 juta
Kes kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melepasi 2.49 juta.

Thailand terima kumpulan pertama vaksin COVID-19, suntikan dijadual bermula minggu ini
Thai Airways International yang mengangkut 200,000 dos vaksin itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabumi pada 10.05 pagi (waktu tempatan).

Malaysia, Perancis setuju kerjasama bentuk baharu
Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata perkara berkenaan dipersetujui ketika sidang video hampir sejam pada Isnin dengan rakan sejawatan, Jean-Yves Le Drian.

Menteri Luar Myanmar bertemu rakan sejawatan dari Indonesia, Thai di Bangkok
Prayuth dan Wunna Maung Lwin bertemu di Pangkalan Tentera Udara Diraja Thailand, di Don Mueng selama sejam dan menumpukan rundingan mengenai masalah politik dan bantahan di Myanmar.

Malaysia Airlines akan perkenal Pas Kesihatan Perjalanan Digital
Kad kesihatan itu akan menyepadu dengan modul daripada Pas Perjalanan yang dilaksanakan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Vaksin bukan ubat! Tapi tingkatkan imunisasi, kurangkan risiko jangkitan COVID-19
Vaksin bukan ubat! Namun ia adalah perlindungan terbaik untuk meningkatkan imunisasi badan dengan mengurangkan risiko daripada dijangkiti COVID-19.

COVID-19: Negeri Sembilan lapor kes tertinggi, ini perincian kluster baharu hari ini
Negeri Sembilan melaporkan kes harian tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 1,392 kes (39.3 peratus).

3,545 kes baharu COVID-19, lebih 1,000 kes direkod di Negeri Sembilan
Negeri Sembilan menjadi negeri tertinggi dengan 1,392 yang disahkan, ia diikuti dengan Selangor (581 kes).

PM disuntik vaksin, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bermula
Ia sebagai simbolik kepada pelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dengan fasa pertama melibatkan petugas barisan hadapan.

COVID-19: Agihan bekalan vaksin berperingkat ikut keperluan setiap PPV
Prosedur itu bagi menjamin dan menjaga kualiti vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech yang sensitif terhadap suhu dan mempunyai jangka hayat tertentu mengikut suhu.

PM Muhyiddin mulakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan hari ini
Lebih 500,000 anggota barisan hadapan bakal menerima vaksin COVID-19 untuk fasa pertama, yang akan berlangsung hingga April depan.

Banyak negeri buat persiapan rapi 'sambut' ketibaan vaksin COVID-19
Menjelang hari pertama, fasa pertama pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan esok, kebanyakan negeri dilihat cukup teruja.

COVID: KKM buat penilaian keperluan vaksin bagi bekas pesakit - KP Kesihatan
Kementerian Kesihatan (KKM) akan membuat penilaian keperluan bekas pesakit COVID-19 untuk menerima suntikan vaksin.

COVID-19: 13 lagi kluster dikenal pasti, 11 babit tempat kerja
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 13 lagi kluster baharu hari ini.

Surat masuk asrama mungkin boleh jadi kebenaran khas rentas daerah, negeri - Ismail Sabri
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau akan membincangkan perkara itu bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan polis dalam masa terdekat.