awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kementerian Perpaduan gerak visi Membina Negara Bangsa 2026 - Aaron
Kenyataan Hamzah Zainudin letak jawatan Ketua Pembangkang adalah palsu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Vaksin percuma kepada rakyat Sarawak

Azizah Alwi
Azizah Alwi
23/12/2020
10:44 MYT
COVID-19: Vaksin percuma kepada rakyat Sarawak
Abang Johari berkata, kerajaan negeri bersedia untuk membayar kos vaksin berkenaan.
KUCHING:Kerajaan Sarawak akan memberikan vaksin COVID-19 kepada penduduk negeri itu secara percuma.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, malah kerajaan negeri bersedia untuk membayar kos dua dos vaksin berkenaan yang dianggarkan berharga RM77.
Tegasnya, kesediaan itu adalah disebabkan kerajaan negeri yang ditadbir Gabungan Parti Sarawak (GPS) mementingkan kesejahteraan rakyat Bumi Kenyalang.
"Maka kami dalam kerajaan telah memutuskan bahawa akan memberi vaksin percuma kepada rakyat Sarawak.
"Kita jangkakan kos vaksin ini berharga RM77 untuk dua dos tidak termasuk kos penghantaran," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Simbolik Penyerahan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) di Kuching pada Rabu.
Abang Johari menambah, kerajaan negeri telah membelanjakan sekitar RM100 juta untuk proses kuarantin rakyat Sarawak yang kembali ke negeri itu dalam usaha mengekang penyebaran COVID-19.
Katanya, ia termasuk kos makanan dan penginapan sepanjang 14 hari kuarantin wajib bagi rakyat negeri itu.
BACA: COVID-19: Semua rakyat Sarawak akan diberi vaksin - Douglas Uggah
Topic Berkaitan
#vaksin percuma
#rakyat Sarawak
#Abang Johari Tun Openg
#kos penghantaran vaksin
#COVID-19
#vaksin COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan