KUALA LUMPUR : Jumlah suntikan harian vaksin COVID-19 negara ini semalam (12 Jun) adalah sebanyak 133,804.

Ia menyaksikan penurunan dua hari berturut-turut selepas mencapai sasaran 150,000 suntikan harian pada 8 Jun lalu. 

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), seramai 100,360 individu menerima dos pertama pada Sabtu dan 33,444 lagi dos kedua.

Menerusi infografik dikongsikan di Twitter rasmi JKJAV, setakat 11.59 malam 12 Jun, jumlah kumulatif pemberian vaksin seluruh negara adalah sebanyak 4.36 juta.




Jumlah itu terdiri daripada 3.03 juta penerima vaksin dos pertama dan 1.33 juta penerima dos kedua.

Sementara itu, negeri yang paling tinggi jumlah pemberian harian vaksin COVID-19 adalah Kuala Lumpur dengan lebih 528,000.

Ini diikuti Selangor dengan lebih 451,000 dan Sarawak, lebih 300,000.