KOTA KINABALU: Dalam kemeriahan menyambut Aidilfitri, rakyat Sabah diingatkan untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, sebagai usaha membendung penularan COVID-19.
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Shahelmey Yahya berkata menjadi tanggungjawab rakyat untuk terus bersama-sama membendung wabak itu, meskipun terdapat kelonggaran SOP selepas negara memasuki Fasa Peralihan ke Endemik pada 1 April lepas.
"Walaupun kita dapat berkumpul beramai-ramai secara bersemuka, jangan kita lupa kita masih perlu mematuhi SOP COVID-19 digariskan kerajaan dari semasa ke semasa dalam pergaulan harian kita.
"Jaga kesihatan dan keselamatan. Patuhi SOP agar kita dapat menunaikan tanggungjawab membendung penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan masyarakat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama anak yatim, sukarelawan dan pengamal media, anjuran Pusat Khidmat Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat di sini, pada Ahad.
Pada majlis itu, Shahelmey turut menyampaikan sumbangan Aidilfitri berupa kuih-muih dan kurma kepada 34 orang anak yatim dari Rumah Anak Yatim As-Sakinah.
Sementara itu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun dalam kenyataan malam tadi berkata hampir 57 peratus daripada 60 kes baharu hari ini adalah jangkitan sporadik berbanding 26.7 peratus yang dikesan melalui saringan kontak rapat.
Masidi berkata statistik itu adalah satu peringatan bahawa risiko jangkitan di tempat awam yang penuh sesak, masih tinggi.
"Justeru, amatlah disarankan agar masyarakat mematuhi semua SOP ketika berkunjung ke pusat beli-belah dan bazar Ramadan bagi mengurangkan risiko jangkitan," katanya yang juga jurucakap kerajaan Sabah berkaitan COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 24 2022

Shahelmey menyampaikan sumbangan Aidilfitri berupa kuih-muih dan kurma kepada 34 orang anak yatim dari Rumah Anak Yatim As-Sakinah. - Foto BERNAMA

Semangat pemain, sokongan peminat dorong TFC mara ke suku akhir
Sokongan padu peminat seolah-olah memberi penggalak tambahan kepada TFC untuk mengejar kemenangan.

Gitaris legenda Carlos Santana rebah atas pentas ketika konsert
Gitaris legenda itu sedang membuat persembahan untuk lagu pertama di Pine Knob Music Theatre sebelum rebah di atas pentas.

Wujud kedai harga rendah, bantu golongan B40, M40 tangani kos sara hidup - Pakar
Dengan mewujudkan kedai harga rendah ini, golongan B40 dan M40 dapat menerima manfaat dan penjimatan dalam perbelanjaan harian, kata Yusof.

Niaga AWANI: Automotif | Perodua optimis daftar 200,000 unit kenderaan
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) optimis untuk mendaftarkan lebih 200,000 unit kenderaan menjelang 31 Mac 2023, sekali gus membolehkan kebanyakan pelanggan menikmati pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata pengeluar kereta kompak nasional itu menerima tempahan luar biasa terutama ketika ramai pelanggan mahu memanfaatkan cuti cukai yang ditawarkan kerajaan.

Jiwa SME | Media sosial bantu jualan topi keledar tembusi pasaran luar
COVID-19 dibaratkan sebagai ujian paling getir dihadapi peniaga kerana bukan sahaja tiada keuntungan, malah terpaksa menggunakan duit simpanan bagi memastikan perusahaan yang dibangunkan terus bertahan. Ikuti kisah Syairazi Mohd yang menjalankan perniagaan menjual topi keledar disebalik cabaran pandemik itu.

Niaga AWANI: OPR | Kenaikan kadar faedah beri impak langsung kepada peminjam
Kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 2.25 peratus akan memberi impak langsung dan segera kepada pembuat pinjaman di institusi perbankan atau pemberi pinjaman kredit. Pensyarah Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Irwan Syah Zainal Abidin berkata antara impak jangka panjang lain yang bakal dilihat termasuk penurunan kadar inflasi.

Sukan Komanwel: Tidak mustahil acara judo lakar kejutan - CDM
Misi membawa pulang pingat dalam acara judo pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 bukan satu tugas mudah, namun ia tidak mustahil.

Niaga AWANI: OPR | Interest rate hike dampen property sector
We speak to Real Estate and Housing Developers’ Association (Rehda) Malaysia acting president Datuk Tong Nguen Khoong on the overnight policy rate (OPR) and dampening effect on the property sector.

AWANI Pagi: Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan
Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan seolah-olah menjadi fenomena di Malaysia ketika ini. Apakah faktor kejayaan filem berlatar sejarah ini? Bolehkah ia dilabel sebagai biopik terhebat alaf ini selepas mengutip berjuta-juta ringgit selepas dua minggu tayangannya? #AWANInews #MalaysiaSihat #AWANIpagi

Banjir Baling: Penduduk kampung terjejas lega Perdana Menteri umum bantuan awal
Pada masa sama, mereka memohon kerajaan memudahkan proses untuk mendapatkan bantuan berkenaan.

COVID: Rakyat Sabah diingatkan kekal patuhi SOP sepanjang Aidilfitri
Dalam kemeriahan menyambut Aidilfitri, rakyat Sabah diingatkan untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, sebagai usaha membendung penularan COVID-19.

RAVO diteruskan jika ada keperluan tingkatkan vaksinasi di Sabah
Pencapaian sebenar kadar vaksinasi di Sabah akan diselaras dengan hasil bancian penduduk yang akan diumum Jabatan Perangkaan dalam masa terdekat.

Tidak timbul isu kekurangan vaksin di Sabah - Shahelmey
Sebanyak 561 Program Outreach di bawah Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) Sabah telah dilaksanakan di bawah CITF Daerah.

Shahelmey dilantik Pengarah Operasi Program Imunisasi Sabah
Shahelmey akan membantu Jabatan Kesihatan Negeri Sabah mencapai sasaran peratusan penduduk lengkap divaksin seperti ditetapkan.

Pembangkang diseru main peranan bantu kerajaan bendung COVID-19 di Sabah
Semua pihak termasuk bersama-sama memainkan peranan dalam membantu Kerajaan Sabah membendung pandemik COVID-19 negeri.

Pasukan khas digerakkan di pedalaman Sabah untuk galakkan pendaftaran vaksin
Sabah akan menggerakkan pasukan khas bagi membantu pendaftaran penerima vaksin terutama di pedalaman.

Vaksinasi di Sabah: Giatkan jangkauan ke pedalaman, pastikan golongan sasar tidak terkecuali
Sebanyak 195 buah Pusat Penerimaan Vaksin (PPV) telah dikenal pasti di seluruh Sabah, setakat hari ini.

Kerajaan Sabah pastikan agihan bakul makanan sampai kepada golongan sasar
Kerajaan Sabah akan memantau perkembangan pengagihan bakul makanan di negeri itu dalam memastikan bekalan tiba kepada golongan sasaran.

Peserta e-Kasih layak dapat bakul makanan
Minggu lalu kerajaan negeri memutuskan untuk turut menyalurkan bantuan tersebut kepada peserta e-Kasih.

Sabah gesa sukarelawan utamakan SOP, elak jadi agen pembawa virus
Sukarelawan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik diingatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika menyalurkan bantuan kepada penduduk di Sabah.