awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
Pilihan Raya Datuk Bandar KL: 'Tunggu kajian UIAM' - Kor Ming
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 12 kes baharu dikesan, jumlah terkini 129

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
10/03/2020
13:04 MYT
COVID-19: 12 kes baharu dikesan, jumlah terkini 129
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diberi taklimat mengenai status semasa wabak Coronavirus 2019 (COVID19) oleh Kementerian Kesihatan di CPRC. - Bernama
Pejabat Perdana Menteri mengesahkan 12 lagi kes baharu jangkitan COVID-19, menjadikan kes keseluruhan di Malaysia kepada 129 kes pada Selasa.
Menurut kenyataan media PMO, kes-kes positif berkenaan adalah daripada kalangan pesakit dalam pemantauan (PUI) jangkitan COVID-19, kontak rapat dan Misi Bantuan Kemanusiaan.
Dalam pada itu, berdasarkan laporan yang dihantar kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Respon Krisis (CPRC) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kes ke-87 telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan keluar daripada hospital.
Berbanding pada Isnin, pihak KKM mencatatkan dua kes baharu dan disahkan sedang mendapatkan rawatan di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Sungai Buloh dan Hospital Sultanah Aminah, Johor.
BACA: COVID-19: Kes meningkat kepada 117, dua pesakit kritikal
Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diberi taklimat mengenai status semasa wabak koronavirus 2019 (COVID19) oleh KKM.
Selepas lawatan tersebut, Muhyiddin mempengerusikan satu mesyuarat koordinasi bagi membincangkan situasi semasa COVID-19 di Malaysia.
Dimaklumkan, pihak kerajaan sentiasa dalam keadaan berjaga dan mempunyai langkah-langkah bagi menangani situasi ini sekiranya kejadian COVID-19 di Malaysia menjadi lebih serius.
Pada masa sama, kerajaan akan terus mempertingkatkan kapasiti sedia ada di pelbagai Kementerian dan agensi sebagai persediaan menghadapi kemungkinan situasi kejadian COVID-19 yang lebih meruncing.
Ini termasuk meningkatkan aspek sumber manusia, kemudahan makmal, klinik kesihatan dan hospital bagi merawat kes COVID-19.
Juga, pihak kementerian mempunyai perancangan untuk menjadikan Hospital Sungai Buloh sebagai hospital khusus untuk merawat kes COVID-19.
Terkini, KKM juga menjalin kerjasama dengan pihak swasta bagi menangani situasi COVID-19 ini.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Hospital
#Hospital Sungai Buloh
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#KKM
#Muhyiddin Yassin
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan