PUTRAJAYA :Malaysia merekodkan kes harian baharu sebanyak 1,348 kes hari ini, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 dalam negara adalah sebanyak 98,737 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Menurut beliau, daripada jumlah 1,348 itu, 16 merupakan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 1,332 kes.
Dalam masa sama, beliau berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID19 pula adalah 18,279 kes.
Dr Noor Hisham berkata, negeri Selangor kekal melaporkan kes harian baharu tertinggi untuk lapan hari berturut-turut iaitu sebanyak 535 kes (39.7 peratus).
"Daripada jumlah ini, sebanyak 363 kes (67.9 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontrak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.
"Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 226 kes (16.8 peratus) dan Sabah sebanyak 189 kes (14.0 peratus)," katanya dalam sidang media di sini pada Rabu.
Dalam tempoh 24 jam juga, Dr Noor Hisham berkata, bilangan kes sembuh COVID-19 pula adalah 710 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 80,014 kes (81.0 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Sehingga kini juga, kata beliau, terdapat 102 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 44 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Dalam pada itu, terdapat pertambahan lima kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 444 kes (0.45 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Sementara itu, KKM memaklumkan terdapat lima kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
1. Kluster Tapak Bina Jalan Panah
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai, di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 7 Disember lalu melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan.
Sehingga 23 Disember juga, sejumlah 1,000 individu telah disaring di mana 21 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
2. Kluster Menara Wang
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai, Cheras, Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, daerah Petaling, Klang, Sepang dan Hulu Langat di Selangor serta daerah Maran dan Kuantan di Pahang.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-88751) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 17 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala.
Sehingga 23 Disember 2020, sejumlah 293 individu telah disaring, di mana 23 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
3. Kluster Saga Tengah
Kluster ini melibatkan daerah Tenom dan Keningau di Sabah.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-89,355) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 18 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala.
Sehingga 23 Disember 2020, sejumlah 298 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
4. Kluster Kolam Air
Kluster ini melibatkan daerah Kota Setar dan Kubang Pasu di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-81862) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 12 Disember 2020 melalui saringan Orang Kena Tahan (OKT).
Sehingga 23 Disember 2020, sejumlah 84 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
5. Kluster Hala Mutiara
Kluster ini melibatkan daerah Kinta di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-82131) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 12 Disember 2020 melalui saringan Orang Kena Tahan (OKT).
Sehingga 23 Disember 2020, sejumlah 51 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
Ikuti perkembangan terkini COVID-19 di sini
Astro Awani
Wed Dec 23 2020
Menurut an Sri Dr Noor Hisham Abdullah, turut direkodkan dalam tenmpoh 24 jam ialah 16 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. - Gambar fail
AWANI-RareTV: Melawat pintu sempadan negara tertinggi di dunia
Lebih tinggi daripada puncak Kinabalu, pintu sempadan negara tertinggi di dunia terletak di Pakistan.
Pengawal peribadi kawal skuad Gergasi Merah
SELANGOR FC mengetatkan kawalan terhadap kesemua barisan pemain dan pengurusan bagi mengelakkan sebarang insiden jenayah berlaku kepada skuad Gergasi Merah itu.
Selangor sanggup bayar kerugian Piala Sumbangsih
SELANGOR FC sanggup menerima apa sahaja hukuman termasuk membayar kerugian susulan skuad Gergasi Merah itu menarik diri daripada saingan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta'zim (JDT).
5,000 unit artifak kebudayaan dipindahkan ke Muzium Negara Afghanistan
Usaha yang besar telah dilakukan untuk memelihara dan melindungi warisan bersejarah di negara yang dilanda perang itu.
MITI rangka strategi pelbagaikan perdagangan, tumpu negara bukan tradisi - Tengku Zafrul
Dengan cabaran geopolitik yang mengurangkan jumlah perdagangan global, kementerian itu kini memfokuskan kepada negara di rantau Afrika, Amerika Selatan dan Asia Tengah.
Tindakan tegas dikenakan jika Johor alami gangguan bekalan air - MB
Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata isu tersebut masih lagi kerap berlaku di beberapa kawasan, termasuk ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri lepas.
Fokus Minggu Depan: Apa yang boleh hentikan genosid di Gaza?
Apa yang boleh hentikan genosid di Gaza?
Kamarul Zaman Shaharul Anwar, Ketua Pegawai Eksekutif MyCare
Kamarul Zaman Shaharul Anwar, Ketua Pegawai Eksekutif MyCare
Sekurang-kurangnya 20 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Sabtu malam
Sekurang-kurangnya 20 orang awam terbunuh dan beberapa yang lain cedera pada Sabtu malam dalam serangan udara ganas Israel yang menyasarkan sebuah kompleks kediaman di utara kem pelarian Nuseirat, di tengah Semenanjung Gaza.
Semua berada di belakang Selangor FC - Nidzam
Pengendali Selangor FC, Nidzam Jamil percaya sokongan tidak berbelah bahagi diterima skuad Gergasi Merah itu selepas kejadian menyedihkan menimpa Faisal Halim yang menjadi mangsa simbahan asid pada 5 Mei lalu.
Yaya Empire beri inspirasi, jayakan malam seni HBN 2024 Kelantan
Sambutan Hari Belia Negara 2024 peringkat negeri Kelantan menutup tirai dengan malam seni yang penuh gilang gemilang.
Kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus - KKM
Jumlah kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus kepada 1,230 kes pada Minggu Epidemiologi ke-20 (ME 20/2024) iaitu bagi tempoh 12 Mei hingga 18 Mei 2024, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).
KKM pantau lonjakan kes COVID-19 di Singapura
KKM akan terus memantau keadaan tersebut dan sistem kesihatan ketika ini bersedia untuk menghadapi sebarang lonjakan kes.
987 bayi didiagnosis masalah pendengaran pada 2023 - Dr Dzulkefly
Sebanyak 987 daripada 253,822 bayi yang disaring menerusi Program Saringan Pendengaran Bayi Universal (UNHS) pada 2023 didiagnosis mengalami masalah pendengaran.
4,133 kompaun merokok bernilai RM1.02 juta dikeluarkan pada April - KKM
Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan 4,133 kompaun bernilai RM1.02 juta sepanjang April lepas atas kesalahan merokok.
KKM pertimbang vaksin influenza untuk warga emas
Kementerian Kesihatan (KKM) mempertimbangkan untuk melaksanakan pemberian vaksin influenza kepada warga emas.
Dua kakitangan KKM cedera, pacuan empat roda terbabas di lebuh raya
Kemalangan berlaku kira-kira satu kilometer daripada lokasi sebuah bas terbabas menyebabkan 41 penumpang dan pemandu cedera, semalam.
KKM beri jaminan dedah data AEFI vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly
KKM memberi jaminan akan mendedahkan semua data berhubung kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI) yang berpunca daripada vaksin COVID-19 pada satu waktu yang akan ditetapkan.
Cuaca panas: Orang ramai tidak perlu risau, KKM sentiasa pantau keadaan - Dr Dzulkefly
Orang ramai diminta tidak khuatir dengan cuaca panas yang melanda beberapa negeri ketika ini kerana situasi itu sentiasa dipantau rapat Kementerian Kesihatan (KKM).
Cuaca panas: KKM akan umum jika perlu tutup sekolah
KKM akan membuat pengumuman termasuk mempertimbangkan keperluan penutupan sekolah berikutan cuaca panas melanda beberapa negeri.
Kesan sampingan vaksin: KKM akan dapatkan penjelasan AstraZeneca
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mendapatkan penjelasan daripada firma farmaseutikal AstraZeneca berhubung kesan sampingan vaksin COVID-19 seperti yang dilaporkan media antarabangsa baru-baru ini.