awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 150 pelajar SSP, Cyberjaya jadi kontak rapat dipindah ke IAB

Bernama
Bernama
02/12/2021
16:24 MYT
COVID-19: 150 pelajar SSP, Cyberjaya jadi kontak rapat dipindah ke IAB
Menurut Dr Radzi, ia bagi memastikan pemantauan dapat dilakukan dengan lebih dekat oleh pasukan perubatan dalam sebuah pusat kuarantin dengan setiap bilik menempatkan dua pelajar. - Gambar fail
SEREMBAN: Seramai 150 pelajar tingkatan lima Sekolah Seri Puteri (SSP) Cyberjaya yang menjadi kontak rapat kepada pelajar sekolah berkenaan yang positif COVID-19 dipindahkan ke Institut Aminuddin Baki (IAB), Bandar Enstek, dekat sini malam Khamis.
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin berkata, ia bagi memastikan pemantauan dapat dilakukan dengan lebih dekat oleh pasukan perubatan dalam sebuah pusat kuarantin dengan setiap bilik menempatkan dua pelajar.
"Sebentar tadi saya ke IAB di Bandar Enstek, Negeri Sembilan bagi meninjau persediaan pusat kuarantin ini menerima kemasukan murid yang menjadi kontak rapat kes positif COVID-19 di SSP.
COVID-19 | 71 pelajar, dua guru di SSP dikesan positif
Insya-Allah murid lain juga akan terus dipantau di sekolah dan sebarang perkembangan lanjut kita akan maklumkan kepada ibu bapa secepat mungkin, Alhamdulillah di sini (IAB) disediakan dengan baik dan selesa bagi memastikan anak-anak yang dikuarantin berada dalam keadaan kondusif," katanya menerusi klip video yang dimuat naik ke Facebooknya malam tadi.
Sumber Facebook DrRadziJidin
Dalam pada itu, beliau turut berterima kasih kepada semua pihak dan agensi termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam memastikan pemantauan dibuat dengan lancar dan baik termasuk sokongan dan dukungan ibu bapa.
Pengarah Kesihatan Negeri Selangor Datuk Dr Sha'ari Ngadiman hari berkata, kes positif COVID-19 di Sekolah Seri Puteri di Cyberjaya kini sebanyak 139 kes melibatkan 114 pelajar, 15 guru dan 10 petugas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Sekolah Seri Puteri Cyberjaya
#Institut Aminuddin Baki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan