awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 153 kes positif, dua kematian di Sarawak

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
30/03/2021
09:45 MYT
COVID-19: 153 kes positif, dua kematian di Sarawak
Dua kes kematian dilaporkan masing-masing di Hospital Miri dan Hospital Bintulu menjadikan angka kematian di negeri itu kepada 107 kes. FOTO: BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak melaporkan pertambahan 153 kes positif COVID-19 dengan Sibu menyumbang angka tertinggi sebanyak 40 kes.
Ia diikuti Miri (33), Kuching (20), Bintulu (18), Meradong (11), Marudi (enam), Beluru (lima), Julau dan Tanjung Manis (empat), Sarikei, Subis dan Sri Aman (tiga), Samarahan (dua) dan Sebauh (satu).
Ini menjadikan jumlah kes kumulatif di negeri itu meningkat kepada 16,214 kes.
Menerusi kenyataan dikeluarkan pada Selasa, dua kes kematian dilaporkan masing-masing di Hospital Miri dan Hospital Bintulu menjadikan angka kematian di negeri itu kepada 107 kes.
“Kes kematian ke-106 merupakan kes 15,961 berusia 33 tahun di Miri dan disahkan positif COVID-19 pada 28 Mac 2021 dan meninggal dunia pada hari sama. Kes mempunyai ko-morbid darah tinggi.
“Manakala kes kematian 107 melibatkan kes 14,029 berusia 61 tahun yang disahkan positif pada 20 Mac 2021 dan meninggal dunia pada 30 Mac 2021. Kes juga mempunyai ko-morbid darah tinggi dan kencing manis,” kata kenyataan itu.
Selain itu, 33 kluster dilaporkan kekal aktif dengan lapan kluster dilapor mencatat pertambahan kes positif.
Antara lain, daerah Tanjung Manis kini dikategorikan sebagai zon jingga selepas merekodkan 23 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Ini menjadikan jumlah daerah yang dikategorikan sebagai zon jingga kepada lima manakala zon merah (11), kuning (16) dan lapan daerah kekal dalam zon hijau.
Topic Berkaitan
#COVID-19 di Sarawak
#kluster aktif di Sarawak
#Kluster baharu di Sarawak
#JPBN Sarawak
#kes kematian COVID-19
#kes positif di Sibu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan