awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 16,863 kes baharu, 37 kematian dilaporkan

Sinar Harian
Sinar Harian
28/03/2022
00:58 MYT
COVID-19: 16,863 kes baharu, 37 kematian dilaporkan
Daripada 233,179 kes aktif, seramai 299 pesakit ditempatkan di ICU dan 187 memerlukan alat bantuan pernafasan. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 37 kes kematian COVID-19 pada Ahad menjadikan angka kumulatif kematian mencecah 34,751 kes.
Menurut laman sesawang COVIDNOW, enam kematian turut direkodkan di luar fasiliti kesihatan (BID).
Manakala, 233,179 kes aktif termasuk 226,656 menjalani isolasi di rumah, rawatan di hospital (5,192) serta Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) (1,032).
Seramai 299 pesakit pula ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 187 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Johor mencatat angka kematian tertinggi iaitu 12 kes diikuti Kedah (enam), serta Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor (masing-masing empat kematian).
Selain itu, Pulau Pinang (tiga kematian); Sarawak (dua); dan Perak serta Sabah (satu).
Dalam pada itu, sebanyak 16,863 jangkitan baharu COVID-19 direkodkan sekali gus menjadikan jumlah kumulatif 4,138,867 kes di negara ini.
Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#COVID-19
#bid
#ICU
#Kematian baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan