awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
Anwar pulang naik ETS3 ke ibu negara usai lawatan santai ke Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 1,712 kes positif di Sarawak, hanya dua kes kategori 4 dan 5

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
22/09/2021
10:27 MYT
COVID-19: 1,712 kes positif di Sarawak, hanya dua kes kategori 4 dan 5
Antara lain, 17 lokaliti melibatkan tujuh daerah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 21 September 2021 sehingga 3 Oktober 2021. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sarawak hari ini melaporkan penurunan lebih 2,000 kes positif COVID-19 berbanding Selasa selepas 1,712 kes baharu dicatatkan.
Menerusi kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, daripada angka tersebut, hanya dua kes atau 0.12 peratus melibatkan kategori empat dan lima.
‘’713 kes atau 41.65 peratus merupakan kes kategori satu dan 997 kes atau 58.24 peratus melibatkan kes kategori dua.
‘’Tiada kes melibatkan kategori tiga namun terdapat satu kes masing-masing mewakili kategori empat dan lima,’’ katanya.
Selain itu, Kuching merekodkan kes harian tertinggi dengan 480 kes dilaporkan diikuti Bintulu (321), Miri (167), Bau (152) dan Sibu dengan 117 kes.
Manakala lima daerah merekodkan sifar kes termasuk Song, Daro, Julau, Bukit Mabong dan Tanjung Manis.
‘’Satu kematian dilaporkan melibatkan pesakit berusia 81 tahun di Hospital Sri Aman dan mempunyai ko-morbiditi seperti darah tinggi dan angin ahmar,’’ tambahnya.
BACA: COVID-19: 14,990 kes positif baharu, Selangor kembali catat kes tertinggi
Antara lain, 17 lokaliti melibatkan tujuh daerah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 21 September 2021 sehingga 3 Oktober 2021.
Ia termasuk Rumah Gevenor, Bungkang di Sri Aman, Rumah Jamban, Bilalarap, Lemanak di Lubok Antu, Rumah Jamu, Sungai Rusa di Sarikei dan Rumah Endu, Ulu Ladong di Pakan.
Topic Berkaitan
#COVID-19 di Sarawak
#kategori kes di Sarawak
#kluster aktif di Sarawak
#kematian COVID-19 di Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan