awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Tangan kami terlepas...saya yang lemas, dia yang meninggal dunia'
Seorang maut, 26 cedera dalam nahas 50 kenderaan di lebuh raya Jepun
Papa Zola The Movie guna dialek negeri tarik penonton ke pawagam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 1,755 kes baharu, 2 kematian dilaporkan hari ini

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
06/11/2020
11:20 MYT
COVID-19: 1,755 kes baharu, 2 kematian dilaporkan hari ini
Daripada 1,755 kes baharu yang dilaporkan, 1,752 merupakan kes penularan tempatan manakal bakinya kes import.
KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan angka baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam ialah sebanyak 1,755 kes.
Ia merupakan jumlah jangkitan harian tertinggi setakat ini sejak pandemik itu melanda negara dengan jumlah kumulatif terikini ialah 38,189 kes.
Daripada jumlah berkenaan, 1,752 merupakan kes penularan tempatan manakala tiga kes import.
Menurut KKM, kes jangkitan baharu harian tertinggi direkodkan di negeri Sabah dengan 1,199 kes manakala Pulau Pinang dengan 192 kes.
Selangor pula, mencatatkan angka tiga digit dengan rekod 164 kes baharu dan 59 kes di Labuan.
Menurut KKM, jumlah kes aktif pada Jumaat pula merekodkan 11,530 kes.
Dalam tempoh 24 jam juga, sebanyak dua kes kematian dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kematian kumulatif terikini Malaysia ialah 279 kes.
Manakala jumlah pesakit COVID-19 yang pulih dan discaj pada Jumaat ialah seramai 726 orang manakala 83 kes dirawat di unit rawatan rapi dan 32 terpaksa mendapat bantuan pernafasan.
KKM turut melaporkan sebanyak 741 kes (42.2 peratus) adalah berkaitan kluster-kluster penjara dan Pusat Tahanan Sementara (PTS).
Sementara itu, KKM telah mengenal pasti tiga kluster baharu iaitu Kluster Mampulut, Kluster Fores dan Kluster Rengas.
Kluster Mampulut dikesan melibatkan daerah Keningau di negeri Sabah sementara Kluster Fores melibatkan daerah Petaling, Gombak dan Klang di negeri Selangor serta daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Manakala Kluster Rengas pula melibatkan daerah Kuala Kangsar di negeri Perak.
BACA: COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)
Topic Berkaitan
#COVID19
#angka baharu
#1755
#Sabah
#pulau pinang
#Kementerian Kesihatan
#kematian
#Kluster baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan