KUALA LUMPUR: Jangkitan kes baharu COVID-19 pada Jumaat menunjukkan sedikit penurunan kepada 1,990 kes berbanding 2,226 kes yang dicatat pada hari sebelumnya.

Ini menjadikan jumlah kes baharu harian bertambah ke 4.801 juta kes sejak pandemik melanda negara.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, sebanyak empat kes kematian dicatat semalam dan tiada kes berlaku di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).

Kes aktif COVID-19 dalam negara kini 27,370 dan 95 peratus atau 26,007 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Dilaporkan 1,287 kes dirawat di hospital dengan 67 kini ditempatkan di wad ICU di mana 46 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negara juga mencatatkan 2,016 kes sembuh.