awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh ibu tunggal di Sungai Dua
Brendan Gan pilih kekal di Australia
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dipacu pengukuhan domestik, kenaikan harga minyak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 21,176 kes baharu direkodkan hari ini, Sarawak kekal penyumbang tertinggi

Hilmi Malik
Hilmi Malik
10/09/2021
07:49 MYT
COVID-19: 21,176 kes baharu direkodkan hari ini, Sarawak kekal penyumbang tertinggi
Malaysia merekodkan 21,176 lagi kes jangkitan harian COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah kumulatif kini 1,940,950.
KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan 21,176 lagi kes jangkitan harian COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah kumulatif kini 1,940,950.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 3,734 kes.
Ia diikuti Selangor dengan 3,595 kes, Johor (2,297) dan Sabah (2,246).
Empat negeri juga merekodkan angka 1,000 kes ke atas iaitu Pulau Pinang dengan 1,939 kes; Kedah (1,808); Perak (1,366) dan Kelantan 1,254 kes.
Selain itu, Pahang dengan 853 kes; Terengganu (776); Melaka (485); Kuala Lumpur (467) dan Negeri Sembilan dengan 252 kes.
Tiga negeri masing-masing Perlis, Putrajaya dan Labuan melaporkan 77, 21 dan enam kes.
Dr Noor Hisham memaklumkan, kadar kematian hari ini adalah sebanyak 341 kes menjadikan angka kumulatif sebanyak 19,827 kes.
"Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini sebanyak 242,161 kes," katanya.
Sementara itu, Unit Rawatan Rapi (ICU) sedang merawat sebanyak 1,310 pesakit dan daripada jumlah itu juga, 773 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Manakala angka kes sembuh hari ini adalah sebanyak 21,476 kes dengan jumlah keseluruhan kes pulih sebanyak 1,678,962.
Sumber Facebook DGHisham
Terkini Kapasiti & Penggunaan Katil COVID-19, Pemberian Vaksin & Kes Baru Sehingga 10 Sept 2021: 1) Kapasiti & Penggunaan Katil COVID-19 (Sehingga 9 Sept 2021, 5pm) Penggunaan katil Bukan ICU (kes sah COVID19) 77% Penggunaan katil ICU (kes sah COVID19) 82% pic.twitter.com/trJrBMYJ6Z
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) September 10, 2021
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kes baharu
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan