awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 23 kluster di seluruh negara berpunca dari Sabah

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
13/10/2020
11:30 MYT
COVID-19: 23 kluster di seluruh negara berpunca dari Sabah
Dr Noor Hisham menegaskan situasi semasa berkaitan isu ini dipantau rapi oleh pihaknya dan sebarang perubahan akan diumumkan segera. Foto: Bernama
KUALA LUMPUR:Sebanyak 23 kluster di seluruh negara dikenal pasti berpunca daripada kes indeks dengan sejarah perjalanan pulang dari Sabah.
Berikutan itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan, semua pengembara yang tiba dari Sabah wajib menjalani saringan COVID-19.
"Bagi membantu menangani isu ini dan dengan mengambil kira situasi kenaikan jumlah kes COVID-19 di Sabah, semua pengembara yang tiba dari Sabah wajib menjalani saringan COVID-19 di pintu masuk antarabangsa dan domestik.
"Mereka juga diberikan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) selama 14 hari dari tarikh ketibaan, dipakaikan gelang (wristband) dan perlu memantau kesihatan kendiri menggunakan Home Assessment Tool (HAT) dalam aplikasi MySejahtera.
"Langkah ini telah bermula 11 Oktober sehingga suatu tarikh yang akan diberitahu kelak," jelasnya.
Dr Noor Hisham turut menegaskan situasi semasa berkaitan isu ini dipantau rapi oleh pihaknya dan sebarang perubahan akan diumumkan dengan segera.
Beliau berkata, secara keseluruhan terdapat 394 kes positif COVID-19 yang melibatkan pengujung dengan sejarah perjalanan pulang dari Sabah sejak 22 September dan daripada jumlah itu, sebanyak 228 kes adalah dalam kalangan pengunjung yang tiba sebelum 27 September.
"Sebanyak 166 kes (42.1 peratus) lagi adalah dalam kalangan pengunjung yang tiba selepas 27 September.
"Secara keseluruhan sehingga 13 Oktober, seramai 18,478 individu dengan sejarah perjalanan pulang dari Sabah telah disaring di semua pintu masuk antarabangsa dan domestik," jelasnya.
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Kementerian Kesihatan
#COVID-19
#kes positif
#Sabah
#ujian saringan
#kluster
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan