awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 240 lagi kematian, 71 BID

Astro Awani
Astro Awani
28/09/2021
23:24 MYT
COVID-19: 240 lagi kematian, 71 BID
KKM melaporkan sejumlah 240 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 pada Selasa. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sejumlah 240 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 pada Selasa.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, daripada jumlah itu, 71 kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 25,935 kes.
Bagaimanapun, jumlah kematian yang dilaporkan itu turut merangkumi sejumlah kes tertunggak kerana ada di antara kes meninggal dunia itu berlaku beberapa minggu lalu.
Tunggakan kes itu berlaku kerana proses bagi mengesahkan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik itu memakan masa.
Portal GitHub menunjukkan hanya lima kes kematian dilaporkan berlaku semalam, namun angka itu boleh berubah sekiranya terdapat kes kematian yang masih belum dikemas kini.
Berdasarkan purata jumlah kes kematian harian sebenar selama tujuh hari, trend kematian pesakit COVID-19 menunjukkan penurunan kepada 89 kes.
Ia selaras peningkatan jumlah populasi lengkap divaksin serta yang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#jumlah kematian
#bid
#jangkitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan