KUALA LUMPUR: Jangkitan kes baharu COVID-19 pada Ahad menunjukkan sedikit penurunan kepada 2,464 kes berbanding 2,798 kes yang dicatat pada hari sebelumnya.

Ini menjadikan jumlah kes baharu harian bertambah ke 4.757 juta kes sejak pandemik melanda negara.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, sebanyak sembilan kes kematian dicatat semalam dan tiada kes berlaku di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).

Kes aktif COVID-19 dalam negara kini 38,918 dan 96.1 peratus atau 37,408 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Dilaporkan 1,409 kes dirawat di hospital dengan 69 kini ditempatkan di wad ICU di mana 33 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negara juga mencatatkan 4,427 kes sembuh.