awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 2,521 kes baharu, lapan kematian dicatat

Astro Awani
Astro Awani
07/11/2022
22:30 MYT
COVID-19: 2,521 kes baharu, lapan kematian dicatat
Khairy Jamaluddin sebelum ini memberi amaran bahawa Malaysia sedang mengalami gelombang baharu jangkitan COVID-19.
KUALA LUMPUR: Jangkitan baharu COVID-19 semalam susut ke paras bawah 3,000 kes.
Data di portal KKMNOW mendedahkan, kes jangkitan COVID-19 pada Isnin ialah 2,521 kes berbanding 3,913 kes yang dicatatkan hari sebelumnya.
Data turut maklumkan, lapan kematian direkodkan semalam berbanding satu pada Sabtu.
Daripada jumlah itu, dua kematian berlaku di luar fasiliti hospital atau 'brought-in-dead' (BID).
Sementara itu, 34,534 kes aktif dicatatkan dan daripada jumlah itu 32,726 kes atau, 94.9 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah.
Tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC), manakala 1,695 pesakit mendapat rawatan di hospital.
73 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 47 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Negara juga mencatatkan 4,695 kes sembuh.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin sebelum ini memberi amaran bahawa Malaysia sedang mengalami gelombang baharu jangkitan COVID-19, didorong subvarian baharu Omicron XBB yang sebelum ini mencetus gelombang baharu di Singapura.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kes positif
#kes kematian
#KKMNOW
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan