Skip to main content

Malaysia

COVID-19: 31 lagi kematian baharu, keseluruhan 30,862

71638836231_PKRCStadiumNegeri.jpg
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 31 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 30,862 orang, daripada 2.68 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, 7 daripada 31 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 60,778 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 49,910 individu atau 82.1 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 5,867 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

Sebanyak 4,605 kes dirawat di hospital dan 396 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 185 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 211 lagi memerlukan mesin ventilator.




Advertisement

Must Watch Video